Resipi Mudah Buat Bepang Nasi Sejuk

Share

Kalau makan nasi tak habis,  jangan dibuang ye. Sekarang ni tengah musim panas jemur kering-kering boleh buat jajan iaitu bepang. Bepang ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Mudah caranya.

Bahan-bahan:

Nasi sejuk(ikut masing2 nak byk mana ye)
saya guna 3 cawan nasi sejuk
1 cawan gula pasir
4 sudu makan minyak masak
minyak secukupnya untuk menggoreng nasi

Cara membuat:
1.Jemur nasi sehingga kering(saya jemur 2 hari juga sbb panas terik😅).
2.Kalau beras biasa dah kering tu ceraikan jadi sebutir2 kalau keras..ketuk je guna lesung batu..p ketuk2 manja je..jgn sepenuh hati nanti lumat pulak mcm tepung beras😂😂

3.Panaskan minyak dan goreng nasi sampai mengembang.. jgn kembang mcm popcorn pulak tau nanti hangit..agak sedang naik cantik putih angkat dan tos kan..

4. Sejukkan dahulu..kalau tak nanti masa nak salut gula nasi jadi lemau tak crunchy..

5. Masak gula sampai agak keperangan dan sedikit cair masukkan minyak masak, agak-agak kalau gula tak hancur sangat tambah sedikit air panas..dalam suku cawan..masak lagi hingga gula betul hancur dan air dah menyejat.

6.Tutup api masukkan nasi yang dah ditoskan dan disejukkan.Part ni kena pantas sikit..gaul nasi laju-laju dengan gula tadi sampai sebati..
boleh letakkan dalam loyang atau tupperware dan sejukkan..

Tip: sebaiknya loyang sapu sedikit minyak untuk memudahkan bepang dikeluarkan. Jangan potong sebelum betul-betul sejuk dan keras..nanti bepang berderai..

selamat mencuba😘

Kredit : Eka Nahar
#mahn

Published by
Putri