Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu. Raya ini jom kita hidangkan biskut Sarang Semut. Ini resipi yang dikongsikan oleh Zulena Ismail
Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
RESIPI NASI DAGING GUNA KURMA DAGING ADABI
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
NOTA:
Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.
Dah bosan makan dengan lauk yang berkuah, buat sambal sotong cili padi pun sedap. Guna sotong segar dan cili padi ikut sukatan kepedasan yang anda suka, memang padu. Makan dengan nasi panas tambah dengan telur dadar, confirm terangkat punyalah! Orang tua-tua kata mak mentua lalu pun mesti tak perasan.
Cikpuan_alya berkongsi resepi sambal sotong cili padi di akaun media sosialnya. Mudah dan senang nak buat, campak-campak siap!
Dulu-dulu, kuih tradisi Melayu memang tak lari dari menggunakan bahan utama seperti tepung beras, tepung pulut, santan, kelapa dan gula. Gabungan bahan-bahan ini memang serasi memenuhi kehendak selera. Bagi anda yang teringatkan air tangan mak-mak di kampung yang tak dapat pulang berpuasa dengan mereka, bolehlah cuba resipi Kuih Koci Pulut hitam, sekurang-kurangnya lepaslah rindukan air tangan mak.
KUIH KOCI PULUT HITAM BAHAN-BAHAN: 2 cawab tepung pulut 2 sudu makan beras pulut hitam | kisar halus Secubit garam 1 cawan air
BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa parut | putih sahaja 1 keping gula melaka 3/4 cawan gula pasir 1 sudu makan tepung gandum 1 helai daun pandan | carik dan simpul Secubit garam BAHAN KUAH SANTAN: 2 sudu makan tepung beras 2 sudu cawan santan pekat Secubit garam.
CARA MEMBUAT:
Tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam dicampur. Gaul rata.
Tuangakan air sedikit demi sedikit dalam adunan sambil adun hingga mendapat adunan tidak terlalu keras atau lembik (macam buat doh buah melaka) dan tidak melekat di tangan.
Bulat-bulatkan seperti saiz buat buah melaka. Tutup dengan kain atau tisu dapur dan ketepikan. Sementara menunggu menyiapkan inti kelapa.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan dalam kuali.
Tambahkan sedikit air, renehkan atas api perlahan. Kacau hingga gula hancur dan tambahkan secubit garam.
Tapis air gula tersebut, kemudian masukkan semua dalam kuali dan masukkan kelapa parut, kacau rata, bila agak kering masukkan bancuhan tepung gandum.
Gaul rata dan tutup api.
Setelah sejuk, bulat-bulatkan inti dan ketepikan.
Untuk menyediakan, kuah santan, campurkan tepung beras dengan santan pekat dan garam, kacau rata.
Masak adaunan ini atas api kecil hingga pekat, Tutup api.
Untuk membungkus, ambil doh tepung pulut yang telah dibuatkan tadi, kemudian leperkan di atas tangan dan masukkan inti kelapa, bulatkan semula doh, lakukan hingga habis.
Sementara memasukkan inti, masak air dalam periuk.
Apabila air mendidih, masukan doh-doh berisi inti dalam air rebusan. Setelah timbul angkat dan masukkan dalam kuah santan pekat tadi.
Menggunakan sudu ambil doh koci sekali dengan kuahnya santan dan letakkan atas daun pisang yang telah dilayurkan dan disapu minyak. Bungkus macam bungkus nasi lemak.
Kemudian susun dalam pengukur dan kukus lebih kurang 7-8 minit bagi aroma daun pisang dan kuih betul-betul masak.