Sedapnya kalau boleh menikmati Hokkaido Creamy Custard Honey ni. Jika sejuk, lagi nikmat rasanya. Bagi anda yang suka ‘baking’ dan nak cuba buat Hokkaido Creamy Custard Honey ni, saudari Dhia Aqilah ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven suhu 170C 2. Ayak bahan-bahan yang perlu diayak. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim. 4. Masukkan creamy vanila, susu segar dan minyak. Kacau sebati. 5. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan. 6. Pukul bahan B hingga bertanduk @ menjadi meringue (tanda meringue menjadi bila bekas diterbalikkan, adunan tak jatuh ). 7. Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik hingga rata. 8. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga kek masak.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 2. Kacau sehingga tidak berketul dan pekat menggunakan api perlahan. Padamkan api. 3. Bila sudah sejuk, paipkan adunan ke dalam kek hokkaido menggunakan pipping beg. Siap dihidang.
Kalau makan Nasi Ayam di kedai, pasti tertanya-tanya macam mana hasilkan ayam yang sedap, garing diluar tapi lembut di dalam. Menerusi perkongsian saudara Mohd Azlie, beliau mengajar cara-cara untuk menyediakan hidangan ayam yang sedap dan ‘juicy’ untuk sajian nasi ayam. Mudah je rupanya. Bolehlah cuba nanti.
RESIPI AYAM NASI AYAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam segar – tanpa potong
BAHAN AIR REBUSAN AYAM:
3 liter air – boleh lebihkan bergantung pada saiz ayam