Resipi Mudah Buat Kuah Rojak Laku Keras & Paling Sedap!

Share

Petang-petang sambil berborak, sedap kalau ada rojak buah. Lagi best, bila kuah rojak ada pedas-pedas, manis-manis dan sedikit masam.

Menerusi perkongsian cara buat kuah rojak oleh Muliadi Ramli ini, cara membuat kuah rojak sangat mudah dan simple.

 

ROJAK BUAH TERENGGANU

BAHAN KUAH ROJAK:

15 tangkai cili kering – beli online di sini
10 biji cili padi/thai – beli online di sini
Belacan sebesar ibu jari (bakar sikit) – beli online di sini
*bahan di atas dikisar halus


1 keping nisse (besar) – beli online di sini
2 senduk kicap manis – beli online di sini
1 senduk sos cili – beli online di sini
2 sudu besar sos tomato – beli online di sini
2 sudu besar cuka makan – beli online di sini
Garam & gula secukup rasa
Perasa
Biji bijan | disangai
Kacang tanah | disangai & ditumbuk- beli online di sini
2 sudu besar petis udang
1 sudu tepung jagung (untuk memekatkan kuah) – beli online di sini

TONTON Makaroni Ulam Bakar Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi

TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan bahan kisar dan nisse dalam kuali. Biar mendidih dan cair.


2. Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan sos tomato serta cuka. Kacau rata.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan bijan dan kacang tanah. Kacau sekejap. Masukkan gula putih dan garam serta perasa.


4. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang dikehendaki. Siap kuah dan ketepikan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

UNTUK BUAH (BOLEH GUNA IKUT SUKA)

Ubi sengkuang
Timun batang
Nenas
Mempelam muda
Belimbing

CARA HIDANG:

1. Boleh potong ikut suka. Ambil buah yang dipotong, letakkan kuah. Tabur kacang tanah. Siap untuk dimakan.


2. Kuah rojak mesti rasa pedas-pedas, manis-manis dan sedikit masam.

 

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff