Labu sira manis, biasanya boleh dijumpai pada bulan puasa. Dan ini lauk popular kalau hidangan kenduri kahwin di Kelantan.
Resipi yang dikongsi Hasifah Che Mat ini, kalau sekali dah cuba, memang akan jatuh cinta berkali-kali. Memang sedap!
LABU SIRA MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji kecil labu kuning
Daun pandan (untuk alas labu dalam periuk)
7-8 sudu makan gula – beli online di sini
3 ketul gula melaka – beli online di sini
Secubit garam
TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Basuh dulu kulit labu, buang kotoran pada kulit baru potong baji, buang biji, basuh dan rendam dengan air kapur selama 10 minit, basuh dan toskan.
2. Susun daun pandan dalam periuk.
3. Susun labu selapis, tabur gula pasir dan gula Melaka secara selang seli. Ulang hingga labu habis dan letak garam secubit dua.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Api sederhana perlahan, masak labu dan tutup periuk (25-35 minit).
5. Jangan sampai kuah kering, biar berkuah sedikit dan tutup api.
6. Hidangkan panas atau sejuk.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
INFO EKSTRA:
1. Rendam air kapur nak bagi labu tu pejal.
2. Jangan letak air sebab nanti air labu akan turun banyak. Kalau letak air, labu akan hancur.
3. Api kena perlahan, guna kaedah ‘slow cook’. Baru cantik elok labunya.
4. Jangan biarkan kuah kering sangat. Biar sedikit pekat kuahnya.
5. Nak labu berkilat? Lagi manis lagi berkilat. Tapi kita buat manis-manis buah sudahla ye. Pun sedap.
6. Letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pencuci mulut ni. Sedap nya lahai.
7. Kulit labu tak payah buang supaya isi labu tak penyek, Kulitnya nanti lembut rangup je nanti bila dah masak. Sedap sangat.
Kredit resipi: Hasifah Che Mat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: