Jika ada lebihan pisang di dapur anda, bolehlah cuba buat menu muffin pisang ini sebagai juadah minum petang.
Resipi muffin pisang yang sangat gebu, lembut dan enak ini, dikongsi saudari Lina Thomas yang dihiasi topping kacang walnut.
JUMBO BANANA NUT MUFFINS
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang montel cavendish ¾ cawan gula – beli online di sini 1 biji telur grade A 1/3 cawan minyak masak – beli online di sini 1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder – beli online di sini 1 sudu kecil baking soda – beli online di sini ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil serbuk kayu manis ¼ sudu kecil serbuk buah pala ¾ cawan kacang walnuts/pecans | dicincang
3. Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam. 4. Kemudian, masukkan dalam mangkuk adunan pisang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati, masukkan walnuts/pecans dan kacau lagi.
Sedapnya kalau dapat makan Cendol sejuk-sejuk. Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
Ada macam-macam kuih manis yang jadi pilihan. Tapi antara yang disukai lepat labu. Tidak ramai yang menyukainya namun kalau betul cara buatnya pasti buat kita terlagi-lagi nak menjamahnya. Rasanya yang lemak manis memang berbeza dengan lepat yang lain. Isi labu yang lemak manis digabungkan dengan isi kelapa parut, menjadikan ia bertambah lemak. Makan pula bersama kopi o panas, memang terbaiklah.
LEPAT LABU( tanpa inti kelapa )
Bahan-bahan
1 /2 biji labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
3 cawan pati santan
1 sudu KFC garam
Gula secukup rasa ( saya guna brown sugar )
Daun pisang layurkan dulu
Cara memasak:
1.Campurkan kedua2 tepung ,santan ,gula kedlm labu yg telah dilecek.
2.Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung…adunan ni tak terlalu lembik
3.Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
4.Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
5.Kukus sampai masak.
Orang sekarang kalau makan nak sedap, pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur. Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni. Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit. Sambil tunggu nasi masak bolehlah goreng daging ni, gerenti korang tidak menyesal. Sesuai sangat untuk si bujang atau mak-mak yang bekerja.
DAGING GORENG SERAI
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
1 biji bawang besar| dihiris bulat
3 ulas bawang putih | dicincang
2cm halia | dihiris memanjang
3 batang serai| dihiris serong
1 biji cili merah| dihiris memanjang
½ biji cili benggala
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.
3. Masukkan pula hirisan daging, kacau lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan sos tiram
4. Masukkan sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.
5.. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.