Makan

Resipi Mudah Buat Parmesan Cornflakes Butter, Memang Sedap!

Share

Biskut Parmesan Cornflakes Butter memang antara biskut yang menjadi pilihan ramai ketika hari raya. Jika dihidangkan, memang laku keras biskut ni. Kali ini, cipta kelainan dengan menambah keju Perfect Italiano Parmesan. Nak tambah keharuman pada biskut, gunakan Anchor Unsalted Butter. Memang bertambah enak biskut kita dibuatnya. Jom cuba.

PARMESAN CORNFLAKES BUTTER

Bahan-bahan:

  • 500gm cornflakes
  • 250gm madu
  • 100gm kurma | kisar kasar
  • 60gm Anchor Unsalted Butter | dicairkan
  • 30gm gula halus
  • 60gm Perfect Italiano Parmesan
  • 70gm chocolate rice
  • Paper cup

 

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan cornflakes, madu, kurma, Anchor Unsalted Butter dan gula hingga sebati.
  2. Tuangkan cornflakes di dalam setiap paper cup. Kemudian, taburkan chocolate rice di atasnya.
  3. Letakkan secubit keju Perfect Italiano Parmesan untuk memberi rasa sedikit masin di atas.
  4. Bakar di dalam oven pada suhu 150°C selama 15 minit.
  5. Keluarkan bila sudah masak.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma