Jom belajar cara-cara hasilkan Serikaya secara homemade. Bila buat sendiri ni, manisnya boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Selain disapu pada roti, boleh juga guna serikaya ni untuk buat kek, inti pau dan sebagainya. Banyak guna. Nak cuba resipi perkongsian saudari Ida Osman ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI SERIKAYA HOMEMADE

BAHAN A:

  • 60gm gula pasir
  • 125ml air panas

CARA MEMASAK 1:

Ads
  1. Masak gula hingga warna perang. (Amber colour atau warna sepertiminyak masak dalam botol).
  2. Tuang air panas dan masak hingga gula larut.

BAHAN B:

  • 3 biji telur saiz besar
  • 300ml santan pekat
  • 190gm gula pasir (resipi asal 240gm)
  • Daun pandan
  • 2 titik pewarna kuning (boleh abaikan)
  • Sedikit tepung jagung (optional. Empunya resipi tidak letak)

CARA MEMASAK 2:

1. Setelah gula tadi menjadi karamel ( berwarna amber), satukan kesemua bahan lain dan masak menggunakan kaedah ‘double-boiler’ untuk mengelakkan adunan terlalu panas dan menjadi bergentel. Teruskan mengacau tanpa henti.

Resipi Mudah Buat Serikaya Homemade Paling Sedap

2. Adunan akan mula likat seperti ini. Jika tidak menggunakan tepung jagung sebagai ejen pemekat, perlu terus masak serikaya sehingga mendapat kelikatan yang diingini.

Resipi Mudah Buat Serikaya Homemade Paling Sedap

3. Tapis serikaya untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.

Ads

Resipi Mudah Buat Serikaya Homemade Paling Sedap

4. Beginilah rupa serikaya yang masih panas. Ia akan menjadi lebih pekat bila sudah sejuk atau dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Resipi Mudah Buat Serikaya Homemade Paling Sedap

Ads

       Resipi Mudah Buat Serikaya Homemade Paling Sedap

 

Info: Gunakan santan asli dari kelapa parut untuk menghasilkan serikaya yang cantik berkilat.

Kredit resipi & foto: Ida Osman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI