Jom belajar cara-cara hasilkan Serikaya secara homemade. Bila buat sendiri ni, manisnya boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Selain disapu pada roti, boleh juga guna serikaya ni untuk buat kek, inti pau dan sebagainya. Banyak guna. Nak cuba resipi perkongsian saudari Ida Osman ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SERIKAYA HOMEMADE
BAHAN A:
CARA MEMASAK 1:
BAHAN B:
CARA MEMASAK 2:
1. Setelah gula tadi menjadi karamel ( berwarna amber), satukan kesemua bahan lain dan masak menggunakan kaedah ‘double-boiler’ untuk mengelakkan adunan terlalu panas dan menjadi bergentel. Teruskan mengacau tanpa henti.
2. Adunan akan mula likat seperti ini. Jika tidak menggunakan tepung jagung sebagai ejen pemekat, perlu terus masak serikaya sehingga mendapat kelikatan yang diingini.
3. Tapis serikaya untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.
4. Beginilah rupa serikaya yang masih panas. Ia akan menjadi lebih pekat bila sudah sejuk atau dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Info: Gunakan santan asli dari kelapa parut untuk menghasilkan serikaya yang cantik berkilat.
Kredit resipi & foto: Ida Osman