Tengah cari menu berbuka ke tu? Kalau anda nak resepi sedap untuk berbuka puasa nanti, boleh buat sup siam ni. Ada budu dan ulam, fuhh boleh bertambah-tambah makannya.
Resipi yang dikongsi Ben Safwan ini sangat mudah nak buat dan sesuai untuk seisi keluarga.
SUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
500-800gm daging lembu (rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit dengan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar. Saya guna daging lembu tempatan. Guna pressure cooker pun boleh) 500ml air kosong 1 ½ pek perencah sup siam Adabi 2 ulas bawang putih | ketuk – beli online di sini 1 batang saderi panjang 1 batang akar daun ketumbar | ketuk 4-5 tangkai daun ketumbar 1-2 tangkai daun bawang 2-3 cili Thai | ketuk ½ bawang Holland saiz besar – beli online di sini 2 biji tomato | belah 4 1 biji besar asam limau 3 sudu makan sos ikan – beli online di sini Garam Serbuk perasa Bawang goreng secukupnya
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
2. Baru tambah 700 ml air (air +air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
3. Bila dah mendidih, perasakan ikut tekak dengan serbuk perasa, garam sikit, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini.
Kuih lapis labu ini memang sedap dan tidak perlu guna sebarang pewarna tambahan. Hasilnya pun memang cantik, tidak keras dan tidak lembik. Boleh cuba buat di rumah sementara masih bekerja dari rumah. Resipi ini telah dikongsi oleh Puan Marlia Lia. Selamat mencuba.
KUIH LAPIS LABU
BAHAN-BAHAN:
1/4 biji labu saiz sederhana | dikukus & dikisar halus
4 cawan santan segar | panaskan di atas api perlahan hingga suam
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 – 1 cawan gula halus
1/4 camca teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Kupas labu, basuh dan kukus. Kemudian, kisar halus.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula pasir yang dikisar halus dan sedikit garam. Gaul rata.
3. Kemudian, panaskan santan di atas api yang perlahan sambil dikacau. Panaskan hingga suam.
4. Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati. Tapiskan.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan labu.
6. Panaskan kukusan hingga air mendidih. Panaskan loyang yang sudah disapu minyak terlebih dahulu.
7. Bila loyang dah panas, barulah masukkan adunan. Kukus dengan api sederhana.
8. Setiap lapis, kukus selama 5 minit. Lapisan terakhir, kukus selama 20-25 minit.
9. Bila lapisan dah sejuk, baru potong.
INFO TAMBAHAN:
Untuk pastikan kuih tidak cepat basi, selepas siap mengukus, buka penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi. Biarkan wap air atas kuih mengering.
Ikan Sardin memang sedap malah kalau buat sendiri secara homemade pasti rasa lebih yakin dan dijamin halal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri hidangan ini, saudari Bahiah Saripuddin ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE TANPA GUNA TOMATO PURI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan selayang – buang ekor dan kepalanya
2 biji tomato
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2-3 sudu makan sos tomato
Sedikit air – jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
1 biji cili hijau – hiris
1/2 biji bawang holland – hiris
CARA MEMASAK: 1. Kisar tomato, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.
4. Seterusnya masukkan ikan. Biar seketika hingga isi ikan sedikit masak.
5. Perasakan dengan garam dan juga gula dengan secukupnya.
6. Kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili hijau. Kacau sebati.
7. Bila ikan sudah masak sepenuhnya, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kuih cara antara kuih yang mudah disediakan kerana tidak menggunakan banyak bahan. Ada acuan, bancuhan adunan yang betul gerenti hasilnya terbaik. Kali ini apa kata aanda tukar kepada Cara Durian. Bahan lebih kurang Cara Manis, kurangkan gula tambahkan pes durian. Untuk resipi lanjut, ikut je resipi di bawah ni.
KUIH CARA DURIAN BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
240gm gula
500 ml santan kotak
250 ml air
6 biji telur saiz A
300gm puri durian
2 sudu besar minyak
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Sebatikan isi durian bersama gula di dalam mangkuk besar.
Masukkan minya, gaul rata.
Seterusnya tambah santan dan tepung secara berselang seli. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan telur, vanila dan garam kacau rata lagi.
Panaskan acuan kuih cara atas dapur. Setelah panas sapukan minyak.
Tuangkan aduan 3/4 acuan dan tutup acuan dengan tudung periuk.
Bakar lebih kurang 12-15 minit.
Setelah masak angkat dan ulang bakar hingga habis adunan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.