Memang tergoda sungguh dengan bau dan keenakan ayam panggang asam boi ni. Aroma ayam yang dipanggang memang boleh buat kecur air liur.
Tapi resipi yang dikongsikan MrBlack Raider ini menggunakan asam boi dalam bahan perapan. Wah, memang menarik kan.
Kulit ayam pun dipanggang ranggup dan masih lembab di bahagian dalam. Jom kita cuba!
AYAM PANGGANG ASAM BOI
BAHAN-BAHAN PERAP:
1 ekor ayam bulat
5 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
4 sudu besar sos BBQ – beli online di sini
1 sudu besar serbuk jintan manis – beli online di sini
2 sudu madu/gula/gula melaka – beli online di sini
2 sudu teh garam
1 sudu besar mentega/planta – beli online di sini
2 sudu besar lada hitam – beli online di sini
10 biji asam boi merah – beli online di sini
1 sudu ketumbar (sangai & kisar)
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Semua bahan-bahan perap kena kisar halus kecuali asam boi.
2. Panaskan di kuali dan kacau sampai sebati termasuk asam boi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Ayam dicuci bersih dan diperap dengan bahan perapan tadi. Perap dalam bekas, bakul dan plastik dalam 2 hingga 4 jam. Lagi sedap perapkan satu malam dan baru bakar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Bakar dalam ketuhar selama 50 minit dengan suhu 200C (ikut ketuhar masing-masing). Boleh juga digoreng terlebih dahulu sebanyak 30 peratus dan kemudian baru dibakar.
INFO: Boleh bakar sekali dengan bahan-bahan lain seperti kentang dan sayur-sayuran kesukaan anda.
Kredit resipi & gambar: MrBlack Raider
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: