Resipi Mudah Ala Chawanmushi @ Telur Kukus, Hanya Guna 3 Bahan!

Share

Siapa peminat chawanmushi? Chawanmushi ni makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk. Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera.

Tekstur Chawanmushi yang lembut seperti puding kastard senang dimakan anak-anak dan orang tua. Jom RASA kongsikan satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.

Resipi yang dikongsi daripada Arina Rashid ini, sebenarnya telur kukus je. Nak buat chawanmushi punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak.

Untuk resepi telur kukus/steamed egg/chawanmushi, anda sediakan alat pengisar, pengukus, bekas ramekin. Kalau tak ada, guna bekas tupperware pun boleh.

 

CHAWANMUSHI @ TELUR KUKUS

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
260g air
½ sudu teh garam

Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan sampai sebati.


2. Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Dalam bekas tu, isilah segala apa-apa yang anda suka. Saya letak cendawan shitake dengan crabstick.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu buangkan. Ni sebab nak bagi cantik telur kukus tu nanti.


4. Nak tabur dengan daun bawang ke daun sup ke pun boleh. Kemudian, kukus selama 20 minit. Dah siap!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi, dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.

*Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh rujuk resipi steamed egg dekat resipi Hainan Chicken Rice.
*Setting tm6 untuk kisar bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.

Kredit resipi: Arina Rashid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff