Resipi Mudah Dan Ringkas, Rolade Tauhu Kaya Sumber Protein, Gerenti Sedap!

Share

Selalu orang kata yang mudah dan ringkas itu lebih sedap hasilnya. Ia ternyata benar untuk Rolade Tauhu ia mudah, sedap dan kaya dengan sumber protein. Sesuai dijadikan hidangan makan malam anda seisi keluarga. Cubalah resipi langkah demi langkah yang sangat senang kamu nak ikut!

 

ROLADE TAUHU

BAHAN-BAHAN ISIAN :

3 biji tauhu | kukus

100gm isi udang | cincang halus

3 ulas bawang putih | cincang halus

3 ulas bawang merah | cincang halus

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 biji telur

BAHAN TELUR PEMBUNGKUS:

3 biji telur

Garam secukup rasa

Serbuk lada hitam secukupnya

Aluminium foil secukupnya  | untuk membungkus

 

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Hancurkan tauhu, kemudian masukkan isi udang yang telah dicincang tadi. Kacau rata.

 

LANGKAH 2: Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.

 

LANGKAH 3:  Masukkan telur di dalamnya, kacau hingga sebati. Kemdian ketepikan.

 

LANGKAH 4: Pecahkan  tiga biji telur, tambahkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kaca rata.

 

LANGKAH 5: Panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi hingga menjadi lapisan nipis.

 

LANGKAH 6:  Letakkan di atas aluminium foil, kemudian isikan campuran tauhu di sisi tepi dan gulung hingga habis. Kemaskan gulungan dengan aluminium foil sebelum dibakar atau dipanggang.

 

INFO CHEF: Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili dalam campuran tauhu. Atau boleh hidangkan dengan sos cili

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:

Published by
Mastura Abu Kassim