Kuih akok yang terkenal di negeri pantai timur ini kini telah menjadi kuih kegemaran ramai. Jika kuih lain, kita inginkan tekstur yang licin cantik kejadiannya. Tapi, berbeza dengan kuih akok yang lagi berkedut lagi padu. Mewah rasa telurnya.
Disebabkan kuih ini ramai penggemarnya, Lily SyaziLiff sudi berkongsikan resipi kuih akok yang mudah dan cepat disediakan. Hanya guna pengisar sahaja.
Resipi ini juga kurang manis, sesuai untuk yang menjaga kesihatan. Anak-anaknya pun suka. Menurutnya, adunan ini akan dapat 1 liter, 45 biji kuih akok bergantung pada saiz acuan yang digunakan. Sesuai dijadikan juadah minum petang, jom cuba buat.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN:
7 biji telur (Gred A)
250 gram santan (santan kotak + air) – Boleh beli online di sini
½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
½ cawan air
100 gram gula melaka (nak manis boleh tambah 1 sudu gula) – Boleh beli online di sini
Secubit garam
3 helai daun pandan (digunting)
CARA MEMASAK:
Kisar gula melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam pengisar.
Kemudian, kisarkan sekali lagi air gula melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul-betul kembang.
Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray/acuan akok dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven sehingga tray agak panas.
Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam ¾ penuh sahaja.
Bakar selama 18 – 20 minit atau sehingga masak. Saya suka kulit akok yang garing sedikit.
Kuih kok akan naik kembang, jadi jangan risau ye. Sebab bila keluar daripada oven, kuih akan mengecut turun dan jadi berkedut.
Selamat mencuba.
Kredit: Lily SyaziLiff
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official