Kuih peneram bukan sahaja digemari ‘orang lama’, malah semua peringkat umur. Kanak-kanak pun menyukainya kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Ada yang panggil kuih denderam, kuih benderang dan sebagainya. Walau apapun panggilannya, ia tetap menjadi salah satu kuih tradisi yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai.
Nak tahu cara mudah untuk menghasilkannya? Ikuti perkongsian Puan Rusfaniza Abu Yazid dengan resepi kuih peneram yang cukup mudah.
Masak gula, santan dan air sehingga jadi bubble macam ni. Kalau rajin kacau, boleh guna api besar. Kalau tak rajin kacau, lebih baik guna api perlahan je. Takut meruap.
Apabila air gula dah masak, masa air gula tengah panas tu terus masukkan ke dalam tepung beras. Masuk sikit-sikit, takut tercair. Kacau sampai jadi macam ni.
Tips: Kalau adunan lembik, jangan masuk tepung. Takut rasa mentah. Masuk air gula sikit-sikit. Kalau adunan keras, boleh tambah air yang betul-betul panas.
Setelah siap, boleh perap semalaman. Boleh juga bancuh adunan sebelah pagi, dan sebelah petang baru digoreng.
Ads
Gunakan minyak sikit je. Bila nak canai, tekap guna tepung jagung. Baru tak melekat.
Masa nak menggoreng, minyak kena betul-betul panas. Dah siap kuih peneram yang sedap!
Kuih “abuk-abuk” antara kuih tradisional melayu lama dan legend yang semakin pupus jika tiada lagi peminat dan pencinta resipi kuih-kuih lama. Bahan yang digunakan sangatlah mudah dan memerlukan modal yang sedikit dan ditambahkan dengan sedikit kerajinan pasti bertambah enak. Selamat mencuba.
Mengapa di panggil dengan panggilan Kuih abuk-abuk, masih tiada jawapan sahih kenapa kuih ini dipanggil dengan nama sebegitu namun ada segelintir pendapat datang daripada orang tua-tua mengatakan ianya menggunakan campuran sagu dan kelapa parut yang menyebabkan apabila kita makan dan ianya akan berterabur seakan-akan menjadi habuk. Ada logiknya bila di fikirkan semula.
RESIPI KUIH ABUK-ABUK LEGEND
BAHAN-BAHAN:
1 cawan sagu biji
3 cawan air biasa
Gula merah ½cawan
5 sudu makan gula putih
½biji kelapa parut
Daun pisang secukupnya | (layurkan atas api)-lap bersih
½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rendam sagu dengan air sampai meresap semua..
Dalam 20minit, toskan biar tiada air meleleh ini supaya senang dibungkus dan tidak comot pada bungkusan.
Campur sagu dengan kelapa, garam, gula merah, gula putih gaul rata.
Daun pisang dibuat macam corong dan masukkan 1 sudu sagu, kemudian ratakan.
Masukkan gula ½ sudu makan, jika suka manis boleh tambah gula lagi. Kemudian masukkan 1 sudu sagu lagi kedalam corong.
Bungkus kemas. Siap di kukus selama 30 minit dengan api sederhana.
* Teksturnya lembut dan sagu kelihatan jernih. Jika sukakan sagu yang masih berbiji2 boleh kurangkan air 2 cawan.
Sedapnya Apom Lenggang ni. Ia merupakan makanan tradisional orang-orang dulu. Resipi dan cara memasaknya pun sangat ringkas. Paling penting rasanya sedap dan boleh dihidangkan bersama dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau macam-macam lagi. Sesuai dimakan untuk sarapan atau minum petang. Nak jadikan sebagai bekalanak untuk ke sekolah pun boleh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cheamah Hashim ni. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI APOM LENGGANG CHEAMAH
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 1/2 cawan gula
1 peket mauripan
3 biji telur
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanila
BAHAN LAIN:
3/4 cawan santan
CARA MEMASAK:
Semua bahan disatukan dan dikisar sebati.
Ambil 1/2 cawan bahan yang dikisar. Campurkan dengan 3/4 cawan santan untuk dibuat kanji. Kacau sebati dan masak hingga agak pekat.
Campurkan kanji yang dimasak tadi dengan lebihan bahan kisar. Kacau sebati dan kisar sekali lagi.
Biar adunan selama 1-2 jam sebelum dilenggang di dalam kuali. ( empunya resipi bancuh adunan dan simpan semalaman dalam peti sejuk)
Untuk memasak, tuang adunan ke dalam kuali, lenggang hingga nipis. Tutup dengan tudung periuk supaya bahagian tengah masak.
Sarapan pagi kali hari ini kita buat istimewa sikit. Biasanya jika makan popia yang berinti sayur-sayuran seperti taugeh, lobak merah dan macam-macam lagi kan. Tapi kita buat kelainan dengan letak sos carbonara pula dan rasa lebih sedap.
Gaungan rasa carbonara yang berlemak dan kerangupan kulit popia memang buat berselera. Gorengnya pun kena pandai, supaya isinya tidak bocor.
Creamy Cheesy Popia Carbonara
Bahan-bahan : Sedikit butter/ marjerin-BELI ONLINE DI SINI 1 tin sos carbonara prego / apa apa jenama 6 batang sosej dipotong dadu Isi ayam/ ayam cincang/ daging cincang 1/2 bawang Holland * 3 ulas bawang putih * 1/2 batang carrot * 3 keping cheese / kalau ada mozarella cheese pun ok 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan air -BELI ONLINE DI SINI Sedikit susu segar kalau tak ada guna 2 sudu besar susu tepung fullcream nespray/ everyday Sedikit serbuk lada hitam ajishio/ serbuk lada putih Garam & serbuk perasa secukupnya Oregano kering / Parsley kering-BELI ONLINE DI SINI
Cara-cara : 1.Kisar bahan bertanda * untuk pekatkan kuah nanti. 2.Panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang masak seketika. 3.Kemudian masukkan bahan kisar tadi masak sehingga mendidih. 4.Masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar/ susu serbuk dan sos carbonara. 5.Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih 6.Masukkan cheese. 7.Masak sehingga kuah menjadi pekat
8.Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley.
9.Biarkan sejuk seketika sebelum balut dengan kulit popia.