Terasa nak makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Seri Kaya atau Kuih Tok Aji Serban di Terengganu tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan. Jangan bimbang, sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh rujuk resipi langkah demi langkah perkongsian saudari Rozmaliza Omar. Lengkap dengan gambar. Barulah mudah untuk dirujuk. Jom cuba! Hasilnya memang enak. Selamat mencuba!
2.Masukkan beras pulut ke dalam loyang saiz 7 inci dan tuangkan santan. Pastikan beras pulut tenggelam kesemuanya ke dalam santan. Jika kurang santan, tambahkan sedikit air.
3.Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus pulut hingga betul-betul masak.
4.Guna sarung tangan plastik dan tekan pulut tadi hingga padat.
5.Dalam periuk yang lain, masak gula nissan, gula dengan air hingga larut. Biarkan betul-betul sejuk terlebih dahulu agar telur tidak berketul-ketul bila dicampur nanti.
Ads
6.Pukul telur dan masukkan ke dalam gula nissan yang cair tadi dan ramas-ramas dengan guna tangan/ whisk sampai adunan berbuih (Daun pandan di ramas dalam telur untuk dapatkan aromanya kemudian asingkan)
7.Tuangkan adunan campuran telur dan gula nissan ke atas pulut tadi dan kukus sekali lagi selama 20 hingga 30 minit.
8.Setelah sekaya nampak mengelembung dan cukup masa masak, bolelah tutup api.
Apa istimewanya kuih telaga emas,. Yang warna kuning di tengah tu antara ramuannya dari kastard, santan dan tepung gandum, lembut dan cair di tekak . Lapisan luarnya agak kenyal kerana ada bahan tepung pulut.
.
Lepas makan juadah berempah daging korban, memang puas lah disusuli dengan kuih telaga emas yang sedap ni. Jom cuba resipi yang dikongsi Zura Zul ni.
KUIH TELAGA EMAS
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Kulit Hijau :
250gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 1/4 cawan air
Sedikit perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
CARA MEMASAK :
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan tepung jagung, garam dan perisa pandan
Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit jangan sampai habis. Uli jadi doh tak lekat di tangan
Letak sedikit pewarna hijau
Bulat-bulatkan anggaran 24gm. Tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak..ketepikan
.
Inti Kastard :
1 cawan santan kotak
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
1/4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 penutup botol esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur
secubit garam
CARA MEMASAK :
. Satukan santan dan air suam..campurkan esen vanilla & gula..kacau hingga larut Masukkan telur & kacau sebati..kemudian masukkan juga tepung kastard..garam & pewarna kuning telur,kacau sebati & mesra TTapis adunan & tuang ke dalam acuan lompang yang disapu sedikit minyak
.
PPastikan air kukusan betul-betul mendidih..kukus selama 10 – 12 minit atau hingga masak,api sederhana besar
kredit resepi; Zura Zul
FB: Resepi Harian Keluarga
Cuaca mendung begini sedap nikmati donut panas-panas. Ikut resipi ni mudah saja buat donut.Donut ni guna apa bahan ada dekat rumah.Guna tepung gandum saja tak kisah brand apa janji tepung gandum.Untuk adunan ni boleh dapat dalam 30 biji donut comel-comel.Boleh buat dua versi. Separuh letak inti kacang merah dan separuh lgi buat donut biasa. Selamat mencuba.
Donut
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 peket yis (yang 11gm)
1 sudu makan ovallette (kalau ovalette tak ada gandakan kuning telur)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula
1 sudu makan planta, kalau tak ada juga guna minyak
Secubit garam
Air (agak saja, ambil 1 cawan dulu)
Cara membuat:
1.Mula-mula larutkan 1 cawan air suam, yis, gula. Biarkan seketika. Kemudian letak tepung gandum, planta, telur, garam dan ovallete. Gaul sebati semua.
2.Tuang larutan yis tadi.Uli sampai doh tak melekat dekat tangan. Kalau doh keras lagi boleh tambah sikit-sikit air. Sis TAK PERAP terus canai bentuk donut.
4.Guna acuan donut, kalau tak ada, boleh tekap guna mulut cawan, untuk tengah guna penutup botol mineral atau penutup botol minyak 1kg.Jangan lupa tabur tepung dekat talam. Bagi doh tak lekat nanti bila dah kembang.
5.Lepas siap canai semua,biarkan dulu kembang kejap dalam 10 ke15 minit. Kemudian boleh la goreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!