Resipi Mudah Masak Lala Kam Heong Ala Chinese Restaurant

Share

Menu Lala Kam Heong memang sedap kalau dinikmati bersama nasi panas. Jangan masak terlalu awal. Bila hampir waktu berbuka, barulah dimasak sebab masakan ini tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Kalau hari ini teringin hendak makan Lala Kam Heong, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Liza Idris ini.

RESIPI LALA KAM HEONG

BAHAN-BAHAN UTAMA:

1/2 kg lala

BAHAN TUMISAN:

1 sudu besar udang kering (tumbuk /cincang)
3 @ 4 ulas bawang putih (cincang) –BELI ONLINE
1 biji bawang besar (cincang)
2 inci halia dimayang halus
6 biji cili padi (potong halus) boleh juga guna cili kering – BELI ONLINE
2 tangkai daun kari
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
5 sudu besar minyak

BAHAN-BAHAN UNTUK PES:

1 sudu besar rempah kari –BELI ONLINE
1 sudu besar sos tiram – BELI ONLINE
2 sudu besar kicap (boleh guna kicap Mudim)

BAHAN UNTUK HIASAN:

Daun sup/daun bawang

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak 5 sudu besar.

2. Masukkan bawang putih, halia, bawang besar, udang kering, daun kari dan cili padi. Goreng sampai naik wangi.

3. Masukkan pes kari yang digaul bersam sos tiram dan kicap. Goreng sampai pecah minyak. Tambah air sedikit supaya tak kering.

4. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa kalian.

5. Masukkan lala gaul sebati sehingga lala masak.

6. Masukkan kicap lagi untuk pekatkan kuahnya dan gaulkan sebati.

7. Siap, taburkan daun bawang dan tutup api.

Sumber kredit: Liza Idris

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has