Cuaca yang tak menentu sekarang ini, kejap panas kejap mendung dan kerap juga hujan.
Jadi, kita masak tumis petola dengan bebola ikan. Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, memang sedap dimakan panas-panas.
Lauk gini makan dengan ikan masin, ada sambal belacan memang nasi dua pinggan tak sedar.
TUMIS PETOLA DENGAN BEBOLA IKAN
BAHAN BEBOLA IKAN:
1 cawan isi ikan (yang telah ditumbuk halus)
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
Secubit garam
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick | Dapur Rasa Live
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu teh lada hitam
1 tangkai cili merah – beli online di sini
Petola
Kentang – beli online di sini
Lobak merah – beli online di sini
Suhun
CARA MASAK:
1. Untuk buat bebola ikan, saya guna ikan selayang. Hiris nipis gitu je. Lepas tu tulang ikan buang. Nak sedap kena guna ikan yang segar.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Kemudian, gaulkan isi ikan, tepung gandum dan secubit garam. Gaulkan semua rata.
3. Buat bulat-bulat comel. Kalau suka boleh bubuh lada hitam. Tapi ini saya tak bubuh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk halus. Tumis sampai garing. Guna api kecil je, takut hangit.
5. Bila bahan tumisan dah garing, masukkan 2 liter air, petola, kentang dan lobak merah. Biarkan mendidih sampai kentang empuk.
6. Bila kentang dah masak elok, masukkan bebola ikan tadi. Bebola ikan tadi tak rebus asing pun. Masuk je seketul-seketul gitu.
7. Masukkan suhun dan cili merah. Perasakan dengan garam ikut selera. Biarkan mereneh selama 2 minit, boleh matikan api.
8. Tadaaaaaa. Dah siap. Senang je kan? Yang leceh tadi bebola ikan je. Tapi bila makan uishhhh puas hati. Terasa ikannya.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: