Bebola daging memang sedap dimakan macam tu saja. Cara nak masak pun senang sesangat tau. Korang sebenarnya boleh buat sendiri bebola daging ni. Puas hati. Nah, RASA bagi resipi. Buat tau!
Bahan-bahan:
20 biji bebola daging
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 keping keju
4 ulas bawang putih (cencang)
1 biji bawang besar (cencang)
2 tangkai daun kari (lurut daripada tangkai)
1/2 biji cili benggala (hiris memanjang)
6 biji cili padi (hiris)
4 biji cendawan shitake (dadu kecil)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng bebola daging)
Cara membuat:
1) Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2) Gunakan kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
3) Masukkan cendawan shitake, hirisan cili padi, cili benggala dan daun kari.
4) Apabila naik aroma wangi masukkan susu cair, diikuti bebola daging yang telah digoreng.
5) Setelah mendidih, kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6) Sebelum tutup api masukkan keju dan kacau lagi seketika.
7) Bebola daging dengan sos mentega keju sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!