Resipi Mudah Popia Pisang Coklat, Sedap Ya Amat. Snek Minum Petang!

Share

Jika sebelum ini kita sering makan popia basah, popia sira dan keju. Kali ini Puan Solehah Yusoff di laman facebooknya berkongsi resipi baru iaitu popia pisang coklat yang rangup dan sedap. Masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyi dia. Cubalah!

POPIA PISANG COKLAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus kulit popia (saiz kecik)
  • Pisang (tak kesah janji dah masak dan manis)
  • Coklat Susu (tak kesah jenis ape, nutella pun boleh)
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Potong pisang dan coklat untuk bahagian kecil.
  2. Kulit popia pulak dipotong ke empat bahagian.
  3. Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuan untuk lekatkan kulit popia yang kedua.
  4. Letakkan pisang dan coklat.
  5. Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat yer.
  6. Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup kuning keemasan.
    Dah boleh makan!

*ikut kreativiti kamu sama ada nak gulung macam popia goreng biasa atau kapitkan seperti gambar diatas.

 

Kongsi resipi: Puan Solehah Yusoff

Published by
Mastura Abu Kassim