Puding Karamel versi tanpa telur. Buat dalam bekas kecil macam ni senang bila nak makan. Sedap makan sejuk-sejuk.
Resipi yang dikongsi Fatien Zaini ini, sesuai buat mereka yang alami alahan telur ataupun tak suka ada bau telur.
PUDING KARAMEL VERSI TANPA TELUR
BAHAN UNTUK CARAMEL:
1 cawan gula
½ cawan air
TONTON Macaron Teh Tarik
TONTON Red Velvet Creampuff
BAHAN UNTUK PUDING:
Agar-agar serbuk 10g (pilih yang plain) – beli online di sini
4 cawan air
1 tin susu cair – beli online di sini
1 ½ cawan susu pekat (ikut kemanisan tekak masing-masing ya) – beli online di sini
3 ½ sudu besar tepung kastard – beli online di sini
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)
CARA-CARA:
1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
4. Masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dalam agar-agar. Biarkan mendidih.
6. Siap untuk dituang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais.
Kredit resipi: Fatien Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: