
Waktu sejuk hujan begini, sedap dapat makan makanan yang panas-panas, segera dari dapur.
Resipi mudah dan cepat siap, murtabak maggi kari daripada Shai Anne Ahemed ini, sangat senang ye. Boleh dihidangkan sebagai menu minum petang.
MURTABAK MAGGI KARI
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus maggi kari
3 biji telur
3 biji bawang merah – beli online di sini
2 batang sosej (rebus sekejap) | dipotong dadu
Garam & ajinomoto
Daun bawang | dihiris halus
Cukup rasa maggi
TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas | Dapur Rasa Live
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Kita masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur, ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati.
2. Rebus mee maggi sampai lembut.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan yang dikacau tadi sampai sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Panaskan minyak. Masukkan mee maggi ke dalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalikkan mee maggi.
5. Kemudian kita angkat mee maggi. Hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap untuk dimakan.
Kredit resipi: Shai Anne Ahemed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Comelnya! Apam Polkadot Versi Tembikai, Mesti Anak-Anak Suka
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kacang Bawang Putih Berdaun Kari… Gerenti Syok Ngunyah

Kacang kalau dibuang kulit goreng pulak dengan bawang putih, ikan bilis, daun kari memang lajulah mengunyahnya. Dah buka balang tu, cepat simpan balik nanti sedar-sedar tak sempat nak dihidang pada tetamu.
Ni resipi kacang kacang bawang putih dengan ikan bilis , cili padi dan daun kari, memang gerenti sedap ni, hasil air tangan Jamayah Bujang. Jom semak resipi yang dikongsikan.
KACANG TERR
BAHAN-BAHAN :
- 1kg kacang tanah | yang tiada kulit
- 2 labu bawang putih
- 50gm buah keras
- Garam secukup rasa | atau 4 sudu teh
- Serbuk perasa jika suka
- Cili padi | ikut kepedasan sendiri -beli online DI SINI
- Daun kari secukupnya – beli online DI SINI
- Ikan bilis secukupnya | cuci dan kering – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :
1. Rendam kacang tadi di dalam air panas hingga kembang.
2. Toskan kacang tadi biar habis airnya.
3. Tumbuk bawang putih tak payah hancur.
4. Tumbuk pula buah keras.
5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam kacang
6. Masuk garam dan serbuk perasa..
7. Biar kejap supaya mesra.
8. Sediakan kuali untuk menggoreng, panaskan minyak.
9 .Pertama kita goreng dulu Ketepikan.
10. Goreng lagi daun kari dan cili padi yang siap di potong.
11. Seterusnya goreng kacang tadi hingga siap. Goreng kacang jaga apinnya jangan terlalu kuat nanti hangus tak rangup di dalamnya
12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali .
Selamat Mencuba..!
Kredit Jamayah Bujang
Fb : Resepi Biskut Tradisional & Moden
ANDA MUNGKIN MENCARI KUALI TERBAIK UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN YANG MENARIK INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Teringin Lepat Pisang? Ini Resipi Yang Mudah Untuk Dibuat

Pisang ada dan daun pisang pun banyak di dapur. Apa menu yang boleh dibuat untuk makan petang?
Apa kata jom buat lepat pisang yang mudah sangat untuk dibuat. Ikut sahaja step-by-step oleh Tuan Adriana Arissa ini.
Makan panas-panas lagilah bertambah sedap.
LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
13-15 biji pisang berangan @ emas
1 – 1 1/2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1/2 cawan gula – beli online di sini
Sedikit garam
INTI
2 cawan kelapa parut putih
Sedikit garam
CARA-CARA:
1.Lenyek pisang sehingga hancur. Lepas itu, masukkan gula dan garam. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Ada yang suka pisang lebih atau tepung gandum lebih. Ikut citarasa.
3.Layur daun pisang terlebih dahulu, kemudian boleh mula buat lepat. Isi satu sudu besar penuh adunan ke dalam daun pisang dan letak kelapa parut.
4.Kukus selama 15-20 minit. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Tuan Adriana Arissa
Anda perlukan alat pengukus atau peralatan memasak yang memudahkan kerja? Boleh beli online di sini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Sendiri Aiskrim Goreng Sedap Guna Roti Sandwic. Mantap!
Sedap Tapi Tak Ramai Yang Tahu, Ini Resipi Lauk Masak Lada Ikan Pari
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
9 Aneka Kuih Tradisional Paling Sedap Untuk Berbuka. Lagi Best Kalau Masak Sendiri!

Isi Kandungan
ToggleApabila tibanya Ramadan, selera pasti tertumpu kepada hidangan kuih tradisional. Sama ada dimasak sendiri atau dibeli di bazar, kuih-kuih ini pasti mencuri perhatian. Semarakkan waktu berbuka dengan aneka kuih yang enak-enak.
1. KUIH KOCI
BAHAN INTI:
- 1 biji kelapa parut
- ½ cawan gula kabung
- 1 cawan gula pasir
- ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan inti di dalam kuali dengan api sederhana.
2.Kacau inti sehingga separa kering. Angkat dan ketepikan.
BAHAN KOCI:
- 1 bungkus tepung pulut
- 2 mangkuk santan (1/2 mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
- ½ sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya (dilayurkan)
CARA MEMASAK:
1.Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam.
2.Jadikan doh lembut dan boleh dibentuk.
3.Bentuk adunan dan isi inti di tengah-tengah. Tutupkan doh dan celup ke dalam santan masak. Ulang hingga doh dan inti habis.
4.Panaskan kukusan. Bungkus kuih koci dengan daun pisang. Kukus kuih koci selama 20-30 minit.
5.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Kuih koci yang kaya dengan santan masak lebih enak dimakan.
2. KUIH LOMPANG
BAHAN A:
- 1 ½ cawan tepung beras
- 1 sudu makan tepung ubi
- 1 sudu teh air kapur
- 1 cawan air
BAHAN B:
- ½ cawan gula pasir
- ½ cawan gula merah
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan (disimpul)
BAHAN C:
- 1 cawan kelapa parut
- Secubit garam
- 1 helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMASAK:
1.Masak BAHAN B sehingga semua gula larut.
2.Didihkan air kukusan. Kukus BAHAN C sekejap.
3.Satukan BAHAN A. Gaul sebati.
4.Masukkan BAHAN B yang sudah disejukkan. Gaul kemudian tapis.
5.Sapu sedikit minyak masak pada acuan kuih lompang.
6.Tuang adunan ke dalam acuan.
7.Kukus 10 minit. Sejukkan.
8.Keluarkan dari acuan dan tabur BAHAN C di atasnya. Sedia dihidang.
INFO CHEF:
Seimbangkan rasa lemak kepala parut dengan garam. Jangan terlalu masin.
3. KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras pulut
- Beberapa titis pewarna hijau
- ½ sudu kecil air kapur
- 5 helai daun pandan
- 2 cawan santan cair
- ½ sudu kecil garam
- Kelapa parut (gaul dengan garam)
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan direndam bersama pewarna hijau serta air kapur.
2.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Ketepikan.
3.Toskan beras pulut. Letak atas loyang. Masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul sebati.
4.Kukus hingga santan kering. Kacau rata supaya beras pulut masak rata. Sejukkan.
5.Ambil daun pisang. Layurkan sekejap. Bungkus beras pulut dalam daun pisang ikut bentuk yang disukai.
6.Susun dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi selama 15 minit.
7.Keluarkan dan gaul dengan kelapa parut.
BAHAN AIR GULA MELAKA:
- 3 ketul gula Melaka
- 5 sudu besar gula pasir
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan (disimpul)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan masak sehingga larut.
2.Tapis.
INFO CHEF:
Kuih lopes boleh dibuat mengikut bentuk yang anda sukai. Namun bentuk segitiga tetap menarik perhatian.
4. KUIH NONA MANIS
BAHAN A:
½ cawan gula kastor
1 biji telur ayam
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN BAHAN A:
1.Pukul telur ayam hingga kembang.
2.Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacau.
3.Tuangkan campuran tepung ke dalam telur ayam dan kacau sebati.
BAHAN B:
- 5 helai daun pandan
- ¼ cawan gula kastor
- ½ cawan santan pekat
- ¼ cawan tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN BAHAN B:
1.Kisar daun pandan dengan ½ cawan air. Ambil jusnya. Tapis.
2.Campur air pandan bersama gula kastor, santan, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.
3.Kacau hingga halus.
4.Masak hingga adunan nampak berkilat.
5.Satukan BAHAN A dan BAHAN B.
BAHAN INTI:
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu makan tepung gandum
- ½ sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN INTI:
1.Satukan semua bahan inti dan masak sehingga likat.
2.Biarkan seketika kemudian masukkan ke dalam piping bag.
CARA MEMASAK:
1.Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
2.Tuang adunan BAHAN A dan BAHAN B dalam acuan kuih lompang.
3.Masukkan adunan BAHAN INTI di tengah acuan.
4.Kukus selama 7-10 minit.
5.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk mendapat hasil lebih baik, gunakan telur ayam gred A.
5. PULUT BIJAN / KUIH BOM
BAHAN DOH:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2.Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
BAHAN INTI:
- ½ cawan air
- ½ cawan kacang dal
- ½ sudu teh garam
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- ½ biji kelapa parut
- 2 sudu makan tepung gandum
*Boleh juga tukar pada inti kelapa
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam kuali. Masukkan kacang dal, garam dan daun pandan. Masak hingga inti lembut.
2.Apabila inti lembut, toskan. Taburkan tepung gandum supaya intik tidak melekat. Sejukkan inti.
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil doh dan isikan inti. Buat bulat-bulat. Golekkan atas bijan.
2.Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Pelbagai inti boleh dibuat sama ada kelapa manis atau kacang hijau manis.
6. PULUT INTI
BAHAN INTI:
- 50 gram gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gram kepala parut
CARA MEMASAK:
1.Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2.Masak hingga gula larut.
3.Masukkan garam kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN:
- 100 gram beras pulut
- 100 gram air
- 50 gram santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kukus beras pulut dengan air dan santan sehingga masak.
2.Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
2.Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
3.Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Membungkus kuih pulut inti dengan daun pisang menambah cita rasa kala menikmatinya.
7. PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut (rendam semalaman)
- 1 liter santan cair
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
- Minyak masak untuk menumis
- 2 biji bawang merah (kisar)
- 2 ulas bawang putih (kisar)
- 50 gram udang kering (rendam dan kisar)
- 2 sudu makan cili boh
- ½ biji kelapa parut
- 1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
- 1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
- 1 batang serai (kisar)
- 1 cm lengkuas (kisar)
- 1 cm kunyit (kisar)
- 1 cm halia (kisar)
- Garam secukup rasa
- Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF:
Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
8. TEPUNG GOMAK
BAHAN SALUTAN:
- 500 gram kacang hijau
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan toskan kacang hijau
2.Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan.
3.Kisar kacang hijau sehingga halus seperti tepung. Ayakkan. Simpan.
BAHAN INTI:
- Air secukupnya
- 200 gram gula melaka
- ½ cawan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 biji kelapa parut
CARA MEMASAK:
1.Masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Biarkan gula larut. Angkat dan tapiskan.
2.Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3.Bulat-bulatkan inti. Ketepikan.
BAHAN KUIH:
- 500 gram tepung pulut
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2.Ambil sedikit adunan. Bulatkan dan leperkan.
3.Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4.Masak air. Selepas mendidih masukkan kuih. Masak sehingga kuih timbul. Angkat.
5.Gaul dengan BAHAN SALUTAN. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Walaupun kuih ini rupanya biasa sahaja namun rasanya tetap menawan hati.
9. KUIH GETAS-GETAS
BAHAN-BAHAN:
- ½ biji kelapa parut
- 2 cawan tepung pulut
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 sudu teh garam
BAHAN SIRA:
- ½ cawan gula
- ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1.Satukan kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.
2.Masukkan garam, gaul.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit.
4.Uli sehingga jadi doh.
5.Bentukkan doh.
6.Goreng dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
7.Masak BAHAN SIRA dalam kuali hingga betul-betul pekat.
8.Masukkan kuih yang siap digoreng. Kacau sehingga kering.
9.Sedia dihidang.
INFO CHEF:
Ketika menyira kuih ini, anda perlu pantas supaya salutannya rata.