Asam Pedas Utara atau lebih popular dengan nama asam rebus ini memang super sedap. Guna ikan parang segar lagi bergandalah sedapnya. Rahsia kesedapannya biarlah rasa masam masam sikit, baru best.
Resipi yang dikongsi daripada June Ahmad ini, sedap dimakan dengan sambal belacan dan ikan masin. Malah jika ada yang alah dengan ikan parang, boleh juga digantikan dengan ikan lain.
ASAM REBUS IKAN PARANG @ ASAM PEDAS UTARA
BAHAN-BAHAN:
Ikan parang @ ikan apa-apa yang sesuai
1@2 bunga kantan
1 ikat daun kesum – beli online di sini
Garam – beli online di sini
Serbuk perasa
6-7 asam keping – beli online di sini
8 biji bendi
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick | Dapur Rasa Live
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah – beli online di sini
1 labu bawang besar
10 biji cili kering – beli online di sini
1 sudu teh lada hitam – beli online di sini
Belacan sikit
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Masuk bahan kisar dalam periuk.
2. Rebus sekejap sambil-sambil tambah air.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Biar lama sikit tak apa supaya bawang dan cili tu betul-betul masak. Masuk sekali asam keping sekali pun ok.
4. Kemudian bolehlah masuk ikan, garam, perasa secukup rasa.
5. Akhir masuk bunga kantan dan daun kesum. Biar mendidih lagi.
6. Sesuaikan rasa, kuah tu biar terasa masam-masam sikit baru lagi sedap.
7. Sajian siap dihidang
Kredit resipi: June Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Victoria Sandwich Cake, Mewah Dengan Rasa Manis, Masam & Berlemak
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Wanita Ini Kongsi Tip Rahsia Buat Bahulu Menjadi Cantik & Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI