Kadang penat juga memikir apa kudapan yang ingin dinikmati. Rasanya ingin makan tapi tapi tak mahu yang terlalu kenyang. Ada banyak pilihan kudapan yang boleh anda kamu cuba dari makanan manis hingga masin. Tapi kalau sukakan yang manis, bolehlah cuba buat muffin jagung. Muffin lembut ini dijamin boleh bikin mood korang semakin baik. Sedap dibuat untuk minum petang nanti.
MUFFIN JAGUNG
BAHAN-BAHAN A
1 cawan tepung gandum (7 muffin)-BELI ONLINEDI SINI 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1/2 sudu kecil baking soda *semua diayak bersama
Ads
BAHAN B
1 biji telur gred A 1/2 cawan gula 1 tongkol jagung(mentah)disagat 2 sudu besar sirap jagung *sirap untuk buat air minuman jagung 1 sudu kecil garam halus
BAHAN C
1/4 cawan minyak 2 sudu besar susu segar
FILLING & TOPPING
Jagung rebus disagat Chocolate chip pilihan
CARA MEMBUAT:
1)Pecahkan telur dan kacau ala kadar saja dengan whisk.Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk,Kacau sebati.
2)Buat lubang di tengah bahan kering(A)dan masukkan bahan (B),gaul semua bahan sebati dengan sudu besar/spatula.
3)Masukkan bahan (C) dan kacau sebati semua bahan.
4)Masukkan adunan ke dalam cawan muffin setakat separuh cawan dan masukkan sedikit jagung rebus dan chocolate chips.Tuang lagi adunan sehingga 3/4 cawan dan letak jagung dan chocolate chips sekali lagi sebagai topping.
5)Bakar pada suhu 160-170°c(ikut suhu oven masing-masing)selama lebih kurang 20-25 minit.
Siap untuk dihidang.
Tidak semestinya tunggu masa kenduri baru boleh menikmati nasi minyak. Kalau dah rasa bosan dengan nasi putih apa salahnya ubah selera dengan nasi minyak. Aroma rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga mengundang selera buat sesiapa yang menikmatinya. Jom kita buat sendiri , baru rasa puas.
NASI MINYAK KAMPUNG
Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi(akak guna jasmin basmathi pusa gold)
5 pot air (1 pot diguna untuk kisar dengan bawang goreng)
2 sudu makan planta(nak guna minyak sapi pun boleh)
Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
1 sup bunjut adabi
1 genggam bawang goreng(mesin dengan air)
1 sudu makan kismis
Garam dan perasa
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
Cara memasak: 1.Kisar bahan bertanda * 2.Panaskan periuk nasi dan masukkan planta 3.Tumis rempah 3 serangkai 4.Masukkan bahan kisar dan masukkan sup bunjut 5.Masukkan kismis,garam dan perasa 6.Masukkan bawang goreng yang sudah dikisar dengan 1 pot air 7.Masukkan beras. 8.Akhir sekali masukkan lagi 4 pot air. 9.Tutup periuk dan biar hingga masak. 10.Bila dah masak,kaiskan dengan garfu (untuk elakkan nasi jadi patah-patah)
Kredit resipi : mazliza Ahmad
INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH BELI DI SINI.
Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni.
1. SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
4. SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi. Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak. Hasilnya memang sedap melampau.
Ada sesetengah resipi hanya menggunakan ramuan tepung pulut tanpa ubi keledek. Ada setengah resipi meletakkan sedikit tepung gandum dalam inti, tetapi resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalibmemasukkan kacau hijau didalam inti. Sudah pastilah berbaloi baloi kesedapannya. Ni warisan omak den, katanya . Jom cuba…
TEPUNG GOMAK OMAK DEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit :
1 kg tepung pulut
500g keledek direbus | dilecek
2 sudu besar air kapur
1 1/2 sudu besar garam
800ml air
CARA MASAK :
Semua bahan-bahan di atas gaul sebati, ambil sedikit adunan tepung ,leperkan.
Masukkan inti , tekan sedikit dan bulatkan dan rebus. Apabila timbul, angkat dan golekkan dan salut rata dengan tepung kacang hijau.
Bahan inti :
1 biji kelapa parut
80gm gula pasir
80gm gula melaka
2 helai daun pandan
1 sudu besar warna coklat
50gm kacang hijau direbus dulu sampai kembang
*Gula pasir dan gula melaka tu dimasak dulu dengan daun pandan hingga larut
CARA MASAK :
Tapis air gula, masukkan air gula yang dimasak tadi dalam kuali.
Campurkan kelapa parut. Masukkan pewarna coklat jika suka, dan kacau masukkan kacang hijau rebus. Kacau.
Masak hingga kering, api kecil .
Bahan tepung kacang hijau :
*Boleh beli dah siap dalam pek, kalau nak buat sendiri ni resipinya
200gm kacang hijau
CARA MASAK :
Basuh kacang hijau sehingga bersih
Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan
Kemudian dikisar halus
Ayak tepung sebelum digunakan untuk menyalut kuih.