Jom cuba resipi Muffin Telur Sayur Parmesan yang mudah dan enak ini. Sangat sesuai dijadikan sarapan pagi kerana ia memang mengenyangkan. Makan satu je dah cukup. Bila makan panas-panas, lagi sedap. Kalau nak hidangan bertambah enak, taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan. Keju ini dapat membantu menaikkan rasa hidangan. Memang wajib ada dalam peti sejuk.Resipi Muffin Telur Sayur Parmesan Yang Sihat & Mengenyangkan

MUFFIN TELUR SAYUR PARMESAN

Resipi Muffin Telur Sayur Parmesan Yang Sihat & Mengenyangkan

BAHAN-BAHAN:
  • 6-8  biji telur
  • 100gram Perfect Italiano Parmesan
  • 80gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
  • 120ml Susu UHT Fernleaf
  • 1 biji bawang holland – cincang halus
  • 4 biji cendawan butang – cincang
  • 1 biji cili merah – buang biji & cincang
  • 1 sudu makan cincangan parsli
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Di dalam mangkuk; pukul telur bersama Susu UHT Fernleaf dan Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan hingga sebati.
  2. Masukkan cincangan bawang holland, daun parsli, cendawan, cili merah, lada hitam, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  3. Masukkan Perfect Italiano Parmesan lalu gaul sebati.
  4. Sediakan cawan kertas muffin yang telah disusun dalam acuan muffin. Tuang bancuhan telur tadi secukupnya. Tabur lebihan Perfect Italiano Parmesan ke atas telur.
  5. Bakar muffin di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga muffin telur masak sempurna. Hidangkan panas.

 

JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX

Resipi Muffin Telur Sayur Parmesan Yang Sihat & Mengenyangkan

Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.

Anda hanya perlu:

Ads
  1. Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
  2. Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
  3. Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.

Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.

Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .

Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.

Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!

Jom join!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI