Nampak sedap Mufin Coklat ni. Nampak lembut dan gebu. Bagi anda yang suka makan kek dan muffin, resipi perkongsian saudari Suriati Aman ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan enak. Tak perlu lagi beli tepung pra-campuran. Anda sendiri boleh adun guna bahan-bahan mudah. Lebih istimewa resipi ni tidak perlu menggunakan mixer atau blender. Guna senduk je.Wow…Pasti menjadilah. Jom cuba!
BAHAN B:
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)
1 cawan susu segar
1/3 cawan minyak masak/mentega yang dicairkan
Coklat chip secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Ayak bahan bertanda (*) dan satukan bahan-bahan B dalam mangkuk besar. Sebatikan.
2. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan bahan B.
3. Kacau rata dengan senduk kayu. Jangan kacau lama sangat. Cukup sekadar bahan-bahan jadi rata. Kalau lama-lama nanti mufin tidak gebu.
4. Masukkan coklat chip dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
5. Ambil acuan dan sudukan adunan mufin dalam cup muffin hingga memenuhi 3/4 acuan.
6. Taburkan coklat cip diatasnya.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 20-30 minit atau sampai masak.
boleh dimakan bersama aiskrim
INFO: Resipi ini akan dapat 12 biji mufin. Rasanya tidak manis sangat. Jika nak lebih manis, mungkin boleh lebihkan sikit gula perang.
Memang pelik rasanya kalau tiada Biskut Semperit Kelapa di dalam balang kuih. Antara biskut yang wajib ada di atas meja! Yang best makan biskut ini kerana ia mencair di dalam mulut. Baunya juga harum dek penggunaan mentega dan juga kelapa. Semestinya biskut ini menggunakan Anchor Unsalted Butter, 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Memang puas hati kalau dapat buat biskut ni. Jom cuba nanti.
SEMPERIT KELAPA
Bahan-bahan:
250gram Anchor Unsalted Butter
200gram tepung jagung
140 tepung kastard
50gram tepung gandum
100gram kelapa kering
100 gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Hirisan ceri – pilihan
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk; satukan Anchor Unsalted Butter, gula kastor dan esen vanilla. Pukul hingga lembut dan sebati.
Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan tepung jagung, tepung kastard & kelapa kering. Kaup balikkan sebati hingga jadi doh yang lembut.
Masukkan doh dalam acuan semperit kemudian terap ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas parchment. Jika suka boleh hias dengan potongan ceri.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-18 minit atau hingga biskut masak. Sejukkan.
Kek Sarang Semut adalah salah satu dari kek tradisional yang menjadi kegemaran ramai masa hari raya. Dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak. Semua sukakan rasanya. Nak buat pun tak susah. Bagi anda yang nak cuba buat kek ini tetapi tak ada ketuhar? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Ella Suhaila ini. Hanya masak guna pemanggang ajaib. Memang mudah! Hasilnya pun nampak sempurna. Jom cuba!
KEK SARANG SEMUT/GULA HANGUS
BAHAN GULA HANGUS:
1/2 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar margerin atau mentega
CARA-CARA:
Buat gula hangus. Bila gula dah cairatau perang,masukkan air panas (hati-hati nanti gula melompat @ merecik)
Bila dah mendidih, masukkan margerin atau mentega. Sebatikan dan padam api.
BAHAN KEK:
4 biji telur
1/3 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
Kacau sebati telur,susu, esen vanilla & soda bikarbonat. (empunya resipi hanya kacau guna garfu je. Kacau-kacau manja, pusing 1 arah).
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau sampai tepung sebati.
Masukkan gula hangus yang masih panas dalam adunantepung dan kacau lagi.
Lapik dasar pemanggang ajaib dengan aluminium foil. Oles sedikit margerin padaaluminium foil.
Tapis adunan ke dalam pemanggang. Bakar menggunakan api kecil selama 20-30 minit atau hingga kek masak.
Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Gandakan adunan supaya kek memenuhi pemanggang ajaib.
Adunan tidak perlu diperap.
Bakar hanya menggunakan pemanggang ajaib. Guna api kecil sahaja.