Resipi Mufin Coklat Viral Ala Olimpik Paris, Lembut, Gebu Memang Sedap
Ogos 22, 2024
Share
Nampak sedap Mufin Coklat ni. Nampak lembut dan gebu. Bagi anda yang suka makan kek dan muffin, resipi perkongsian saudari Suriati Aman ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan enak. Tak perlu lagi beli tepung pra-campuran. Anda sendiri boleh adun guna bahan-bahan mudah. Lebih istimewa resipi ni tidak perlu menggunakan mixer atau blender. Guna senduk je.Wow…Pasti menjadilah. Jom cuba!
BAHAN B: 1 biji telur gred A (dipukul sedikit) 1 cawan susu segar 1/3 cawan minyak masak/mentega yang dicairkan Coklat chip secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Ayak bahan bertanda (*) dan satukan bahan-bahan B dalam mangkuk besar. Sebatikan. 2. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan bahan B. 3. Kacau rata dengan senduk kayu. Jangan kacau lama sangat. Cukup sekadar bahan-bahan jadi rata. Kalau lama-lama nanti mufin tidak gebu. 4. Masukkan coklat chip dengan secukupnya mengikut selera masing-masing. 5. Ambil acuan dan sudukan adunan mufin dalam cup muffin hingga memenuhi 3/4 acuan. 6. Taburkan coklat cip diatasnya. 7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 20-30 minit atau sampai masak.
INFO: Resipi ini akan dapat 12 biji mufin. Rasanya tidak manis sangat. Jika nak lebih manis, mungkin boleh lebihkan sikit gula perang.