Sedapnya murtabak daging ni kalau dimakan panas-panas. Biasanya kalau nak makan, kena beli di pasar malam atau kedai. Dengan adanya resipi perkongsian saudari Sha Roziah Al Yahya ini, anda tak perlu lagi beli hidangan enak ini. Buat sahaja di rumah. Resipinya sangat mudah malah tak perlu uli tepung. Hanya guna kulit popia sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MURTABAK DAGING KULIT POPIA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
Kepingan keju secukupnya
2 biji telur
BAHAN INTI:
3 keping daging burger – boleh juga guna daging atau ayam kisar
3 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus hingga lembut – beli online DISINI
Daun sup secukupnya – hiris
Sedikit kiub pati daging / ayam – beli online DISINI
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 2. Masukkan rempah kari daging dan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan daging burger yang telah dihancurkan. Kacau lagi hingga sebati. 4. Seterusnya masukkan ubi kentang dan tambahkan sedikit air. Kacau rata dan masak lagi hingga inti kering. 5. Akhir sekali, peraskan dengan kiub pati daging, garam dan gula dengan secukup rasa. Angkat dan sejukkan inti. 6. Untuk menyediakan murtabak, ambil sekeping kulit popia dan letak di atas papan pemotong. 7. Letak sekeping keju cheddar dan sudukan inti yang dimasak tadi. Ratakan. 8. Sudukan telur di atas inti dan lipat kulit popia.
9. Masak popia di dalam kuali yang telah diletak dengan sedikit minyak. Bila popia dah masak, terbalikkan dan masak lagi hingga sempurna. 10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Mudah je rupanya nak buat snek Kulit Limau Mandarin Oren ni. Hanya perlu sediakan tiga bahan sahaja dah menjadi snek mudah ni. Bila menjelang Tahun Baru Cina memang tiba-tiba banyak stok limau mandarin di rumah kan? Kulitnya boleh disimpan buat snek dengan langkah mudah yang akan dikongsikan dibawah. Boleh cuba di rumah sahaja tak perlu beli lagi.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Christine’s Recipe. Jom kita cuba!
KULIT LIMAU MANDARIN KERING
BAHAN-BAHAN:
Anggaran 10 biji limau Garam Air
CARA PENYEDIAAN:
1. Buang kulit limau, kalau boleh kulit dia tu kupas sekali atau 2 kali kopek je.. sebab kan limau ni mudah lekang dari isinya kan.. senang nak cuci nanti nak buang putih kat dalam kulit limau tu 2. Sediakan air dalam mangkuk yang boleh tenggelamkan kulit limau dan masukkan garam.. agak-agakla garam tu ya.kacau sikit biar garam dan air tu sebati sikit 3. Rendam kulit limau dalam air bergaram nak bagi hilang wax kat kulit limau tu.. gosok-gosok sikit cuci nak guna dengan berus gigi pun boleh.. 4. Rendam dalam 30 minit, bila dah nampak urat putih kat kulit limau dah mula serap air tu boleh la mula mengikis guna sudu .. buang yang urat putih tu pahit.. 5. Masa proses merendam ni urat putih senang nak buang. 6. Bersihkan kulit limau dan mula atur atas dulang dan jemur dalam 3- 4 hari dan pastikan kulit limau betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Selalunya kalau waktu sahur masakan yang dihidangkan mestilah yang mudah dan sedap dimakan. Apa kata cuba resipi yang Azzaliza kongsikan ni, serunding telur pedas nampak menarik dan menyelerakan!
Kalau ada sambal belacan lebih tu jangan dibuang. Kalau dulu rumah saya wajib ada sambal belacan tiap kali makan tapi ayah, dia nak sambal belacan yg fresh. So saya kumpul sambal belacan tu buat serunding telur. Makan dengan nasik panas buat pedas-pedas perghhhhh lawan plak ngn ikan masin memang terbaik la. Selain buat lauk sahur, makan dengan roti, moi/bubur nasi pun sedap. –Azzaliza
RESIPI SERUNDING TELUR PEDAS
Bahan-bahan:
Cili merah
Cili api -lagi pedas lagi sedap
Belacan
Garam sikit
Gula sikit
* semua tumbuk lagi sedap. Sbb nk kurangkan air masa menumis
Bawang besar 2 biji potong dadu
5 ulas bawang putih cincang
Sos tiram 1 sudu besar
Asam jawa paste 1 sudu kecik or bleh ganti ngn lemon juice
Telur 3-5biji
Cara memasak:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dengan 1 senduk minyak. Pakai minyak banyak sikit nanti telur tak garing.
Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing. Kalau kisar jangan guna air banyak, lepas tu tak perlu tambah air.
Masukkan sos tiram dan asam jawa kacau sebati kemuadian pecahkan telur. Goreng sampai telur tu garing dan keluar minyak.
Jika nak kurangkan minyak lepas masak dah siap masak letak atas kitchen towel/ tisu. Siap !
Nota: Kalau tak makan belacan boleh tukar letak ikan bilis tumbuk atau udang kering tumbuk tapi jangan letak banyak sebab akan menghilangkan rasa telur. Saya pernah improvise resipi asal ni letak kentang potong dadu dan tambah lada hitam bagi lagi pedas menyengat pun sedap jugak!
Jika perut kurang selesa atau rasa tak selera makan nasi, boleh cuba masak Sup Sawi Tofu Telur ni. Ia boleh memberikan rasa kenyang malah sangat senang dihasilkan. Lebih enak jika ditambah suhun. Hidangan ini juga tidak pedas dan sesuai dinikmati oleh kanak-kanak.
SUP SAWI TOFU TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi putih | dibersihkan
3 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tiub tofu telur | dihiris bulat
1 biji telur
Sedikit serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan lada putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan air dengan secukupnya. Biar sehingga mendidih.
Masukkan sawi dan tofu. Masak sehingga sayur lembut. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Akhir sekali, pecahkan telur. Biarkan selama satu minit dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Elakkan dari mengacau dengan kerap kerana tofu akan hancur. Tofu juga boleh digoreng terlebih dahulu.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.