Sedapnya murtabak daging ni kalau dimakan panas-panas. Biasanya kalau nak makan, kena beli di pasar malam atau kedai. Dengan adanya resipi perkongsian saudari Sha Roziah Al Yahya ini, anda tak perlu lagi beli hidangan enak ini. Buat sahaja di rumah. Resipinya sangat mudah malah tak perlu uli tepung. Hanya guna kulit popia sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

MURTABAK DAGING KULIT POPIA YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia secukupnya 
  • Kepingan keju secukupnya
  • 2 biji telur

BAHAN INTI:

  • 3 keping daging burger – boleh juga guna daging atau ayam kisar
  • 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online DISINI
  • 1 ulas bawang putih – cincang – beli online DISINI
  • 1 sudu makan rempah kari daging – beli online DISINI
  • 1 sudu makan rempah kurma – beli online DISINI
  • 3 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus hingga lembut – beli online DISINI
  • Daun sup secukupnya – hiris
  • Sedikit kiub pati daging / ayam – beli online DISINI
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging dan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging burger yang telah dihancurkan. Kacau lagi hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan ubi kentang dan tambahkan sedikit air. Kacau rata dan masak lagi hingga inti kering.
5. Akhir sekali, peraskan dengan kiub pati daging, garam dan gula dengan secukup rasa. Angkat dan sejukkan inti.
6. Untuk menyediakan murtabak, ambil sekeping kulit popia dan letak di atas papan pemotong.
7. Letak sekeping keju cheddar dan sudukan inti yang dimasak tadi. Ratakan.
8. Sudukan telur di atas inti dan lipat kulit popia.

9. Masak popia di dalam kuali yang telah diletak dengan sedikit minyak. Bila popia dah masak, terbalikkan dan masak lagi hingga sempurna.
10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.


.

Kredit resipi & foto: Sha Roziah Al Yahya

IKLAN

 

Teringin nak makan POPIA VIETNAM tapi susah nak cari kulitnya? Boleh beli online DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

Resipi Kuih Bom Sedap, Lembut & Gebu Hanya Guna 4 Bahan.

Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official