Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah jeruk bawang, memang sedap tak terkata. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni boleh dicuba. Tak sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Inti tebal, penuh daging. Tida ubi kentang dan tidak menggunkan serbuk kari. Memang best! Jom cuba!
2 bawang merah besar India sebesar bola pingpong (pilih warna ungu terang)
1/2 sudu makan garam
2 sudu makan gula
200ml cuka
300gm daging cincang – ditoskan
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan marjerin – beli online disini
1 1/2 sudu makan minyak sapi – beli online disini
4 sekawan (kayu manis, cengkih ,bunga lawang buah pelaga )
1 1/2 sudu makan rempah kurma – beli online disini
1/2 sudu makan garam masala – beli online disini
1/2 sudu makan perasa
1 sudu makan gula
1 sudu makan garam
4 biji bawang saiz bola pingpong – potong dadu
2 ulas bawang putih
1.5 cm tebal x 3 cm halia
1 1/2 bawang merah saiz bola pingpong
Sedikit air
1 biji telur saiz A (kacau godak)
1 bungkus puff pastry
1.Untuk buat Kuah Jeruk Bawang, kupas bawang dan hiris nipis-nipis. Guna bawang yang berwarna ungu terang supaya warnanya turun pada kuah.
2.Campur semua bahan dan biarkan.
3. Untuk inti, masukkan minyak masak, marjerin dan minyak sapi ke dalam kuali.
4. Bila sudah cair, masukkan rempah 4 sekawan ( kayu manis, cengkih ,bunga lawang buah pelaga ). Tumis bagi naik bau.
7. Bila sudah pecah minyak minyak, masukkan daging cincang, perasa, gula dan garam.
11. Letak lebihan minyak tadi bersama sedikit minyak sapi atas pemangang.
12. Tuang inti. Jika suka boleh guna acuan 4 segi. Hasilnya akan cantik dan tebal 1 inci. Bila inti masak, angkat.
14. Letak inti atas kulit pastri tadi. Lipat kemas. Masa katas pemanggang yang disapu minyak sapi dan lebihan minyak inti guna api kecil.
15. Masak guna api kecil sederhana selama 4 minit, terbalikkan. Masak lagi selama 4 minit terbalikkan dan sambung masak lagi selama 4 minit. Siap!
16. Murtabak Daging sedap sedia dihidang bersama Kuah Jeruk Bawang.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official