Enaknya menikmati Mushroom Chicken Pie @ Pai Ayam Cendawan. Penuh rasa krim dan kombinasi rasa ayam serta cendawan yang penuh perisa. Bagi anda yang mengegmari sajian pastri, resipi perkongsian saudari Nadia Hazieqah Abdul Hapiz ni boleh dicuba. Sangat mudah disediakan malah tidak perlu uli tepung untuk membuat doh pastri. Guna puff pastri segera sahaja. Mudah kan? Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK MUSHROOM CHICKEN PIE @ PAI AYAM CENDAWAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Puff pastri segera – beli online disini Egg wash (campuran kuning telur dan sedikit susu segar)
CARA MEMASAK: 1.Cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis hingga keperangan. 2. Kemudian masukkan tepung yang dibancuh air diikuti susu segar dan whipping cream. 3. Masukkan juga cendawan shiitake dan lobak merah. Masak hingga cendawan agak lembut. 4. Seterusnya masukkan isi ayam, parsli, oregano, serbuk lada hitam dan garam dengan secukup rasa. Masak sampai mendidih. 5. Bila semua rasa telah sempurna, padamkan api. Sejukkan inti pai terlebih dahulu.
6. Canai puff pastri dan letak dalam cawan atau bekas bersesuaian. 7. Canai lagi sekeping puff pastri, tekap bentuk bulat dan tutup atasnya. 8. Kelim dengan garpu di bahagian tepi supaya melekat elok.
Ads
9. Seterusnya sapu egg wash dengan rata di permukaan pai tadi. 10. Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
11. Angkat dan Pai Ayam Cendawan sedia untuk dihidangkan.
Bila dah hujung bulan, dompet pun mula menipis dan perlu berjimat. Dengan harga barang yang semakin meningkat, sedikit sebanyak ia memberi tekanan pada kita. Jangan risau, dengan bajet yang sedikit pun anda mampu menghasilkan menu yang ringkas dan enak. Tak percaya? Cubalah beberapa menu yang dikongsikan ini. Sesuai untuk orang bujang.
Terung ungu ada pelbagai jenis dan saiz. Pelbagai menu boleh dihasilkan melalui terung. Tak sangka, sedap betul terung ungu kecil goreng bertuna ini.
Saiznya kecil sahaja, tapi sekali gigit pasti nak lagi. Dapat pula cicah dengan sos cili atau mayones, memang tak pandang kiri kanan lagi dah. Serasi pula terung dengan rasa tuna. Salutan tepung Bestari pedas tu lagi buatkannya bertambah sedap.
Ikuti resipi Terung Goreng Bertuna hasil perkongsian daripada Puan Sue Zakaria ini. Memang sedap! Jom kita buat.
Drummet ayam dan peha memang jadi kegemaran tiap kali bila dihidangkan sajian ayam . Ni dia resipi yang sangat mudah dan sedap untuk tetamu anda, boleh diratah begitu sahaja.
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
Taburkan di atas ayam goreng.
Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
10gm bawang putih | dikisar
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
Sebiji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam bekas berisi drumstick.
Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.