Resipi Mushroom Sizzling Yee Mee. Begini Cara Masak Kuahnya Yang Sedap

Share

Semua orang sukakan hidangan Sizzling tidak kiralah bersama mi atau nasi. Kalau nak makan, biasanya Sizzling ni dijual di food court dan merupakan satu sajian yang sangat mengenyangkan. Tetapi jenuh juga kalau kesana semata-mata nak makan hidangan ini semata kan? Ditambah pula dengan keadaan semasa yang tidak berapa sesuai untuk kita berada diluar terlalu lama. Jadi, apa kata anda cuba hasilkan sendiri sajian Sizzling Yee Mee ni di rumah. Sekali masak, satu keluarga boleh makan. Jimat! Saudari Lyzza Lyzza ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

CARA MASAK MUSHROOM SIZZLING YEE MEE

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kering.


2. Bila bahan telah wangi, masukkan ayam. Kacau-kacau hingga ayam masak.


3. Tambah air untuk kuah sizzling. Jumlahnya terpulang. Jika buat dalam kuantiti banyak, lebihkan airnya. ( empunya resipi letak 4 gelas untuk 4 orang makan)


4. Seterusnya masukkan cendawan, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.


5. Tambah sos tiram dan kicap pekat. Kacau lagi hingga rata.


6. Ambil tepung jagung secukupnya dan bancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah sizzling.


7. Biarkan kuah mendidih seketika. Padamkan api.
8. Panaskan plate sizzling (beli online disini). Tambah sedikit minyak untuk menggoreng telur terlebih dahulu dan juga untuk elakkan telur melekat.


9. Masukkan yee mee yang sudah direbus.


10. Tambahkan kuah sizzling yang telah siap dimasak tadi.


11. Sedikit sayur untuk melengkap hidangan.


12. Mushroom Sizzling Yee Mee sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Lyzza Lyzza

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur