Resipi Nak Bagi Ayam Nasi Ayam Rangup Diluar Tapi ‘Juicy’ Di Dalam.

Share

Peminat tegar nasi ayam mesti suka kalau ayam yang dihidangkan sedap, rangup di luar dan lembut di dalam. Pasti mendapat pujian keluarga kalau sediakan ayam sebegini, rasa terliur boleh lah cuba buat untuk makan tengahari ni.

BAHAN-BAHAN:

(1 ) AIR UTK REBUSAN AYAM

  • Garam sikit
  • Gula lebih / madu maltose
  • Limau nipis
  • Kicap pekat(pastikan bila masuk kicap dalam air mndidih tu jangan terlalu banyak..agak2 warna air tu jadi mcm teh o nipis)

(2) Ayam bulat seekor

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air masukkan bahan-bahan no.1
  2. Dah mendidih rebus ayam seekor tadi selama 4 minit
    Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam tadi nampak kering, kalau nak cepat kering kulit ayam tu kipaskn atau jemur dalam 15minit macam tu..
  3. Ok cara paling baik untuk goreng sebaiknya pakai minyak yang banyak sekurang2 boleh tenggelamkan seluruh badan ayam tu
  4. Panaskan minyak selama 15min dengan kadar api sederhana jangan terlalu kuat jangan terlalu perlahan..
    Minyak dah panas masukkan ayam tadi & set masa 15-18min untuk seekor ayam tu..dah siap angkat ayam toskn minyak..selepas tu boleh potong & sedia dihidangkan..
    Selamat mencuba kawan2..kita berkongsi ilmu yg ada je

Kredit resipi: Mohd Azlie

Published by
Mastura Abu Kassim