Siapa di sini rindu sangat nak makan makanan yang ada di kampung? Rasa rindu yang dah tertanggung sangat. Nak rentas negeri memang tak boleh, jadi jom kita buat sendiri ikut resipi WanShila Wan Hasan.

Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu, Ubati Rindu Di Kampung

Menurut WanShila, setiap kali dia balik kampung di Besut, dua makanan popular yang sering masuk dalam wishlist ialah mee celup dan nasi air. Resipi mee celup dah selalu buat, tapi nasi air belum pernah buat sendiri. Ini kali, kita cuba buat sendiri.

Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu, Ubati Rindu Di Kampung

BAHAN-BAHAN NASI AIR:

(Bubur nasi)

2 cawan beras | basuh bersih dan tos
1 ketul halia (saiz 2 jari diketuk)
Sedikit garam

Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu, Ubati Rindu Di Kampung

CARA MEMASAK:

  1. Goreng beras sampai kering. Kemudian kisar sampai hancur. Kisar dan tambah air pun boleh, guna frying pan pun boleh.

  1. Masukkan beras dalam periuk, tambah air, masukkan halia yang diketuk dan sedikit garam. Sekali sekala kacau, api sederhana besar. Masak sampai jadi bubur.

Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu, Ubati Rindu Di Kampung

BAHAN-BAHAN SUP:

IKLAN

1 ketul dada ayam
1 kiub ayam
2 ulas bawang merah | dihiris
5 ulas bawang putih | dicincang
Rempah kasar 4 beradik (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
2 inci halia | diketuk
Akar ketumbar/akar daun sup
Garam
Secukup rasa
Lada sulah
Kicap cair (optional)
Sos ikan (optional)

CARA MEMASAK:

  1. Untuk sup, mula-mula panaskan minyak dalam kuali/periuk. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing, angkat.

  1. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan 4 rempah kasar. Bila dah wangi masukkan air. (Masa ni pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk yang sesuai untuk sup).

  1. Tambahkan air untuk sup, tunggu air mendidih baru masukkan ayam, kiub ayam, halia dan akar ketumbar.

  1. Akhir sekali perasakan garam.

  1. Angkat ayam dan toskan. Bila dah sejuk, carik-carik halus isi ayam tu.

Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu, Ubati Rindu Di Kampung

IKLAN

BAHAN-BAHAN AIR LADA HIJAU:

10 biji cili api hijau*
1 ulas bawang merah*
1 ulas kecil bawang putih*
Cuka*
Gula*
secukupnya*(kisar semua bahan* di atas)

Cili potong
Cili api hijau dipotong + sos ikan
Minyak & bawang putih goreng

CARA MASAK:

IKLAN
  1. Satu labu bawang putih dicincang atau tumbuk kasar. Goreng sehingga garing.

  1. Boleh tambah sedikit minyak bijan jika suka

Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu, Ubati Rindu Di Kampung

BAHAN HIASAN LAIN:

Daun sup/bawang, cili jeruk, taugeh (buang ekor), kangkung celur, telur masin/ikan masin, limau nipis,lobak masin

Kredit resepi & foto : WanShila Wan Hasan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI