Peminat nasi Arab ni memang ramai tetapi kalau makan di restoran agak mahal harganya. Kalau nak jimat, kenalah masak sendiri di rumah. Memasak nasi Arab ni nampak remeh tetapi sebenarnya mudah sahaja jika anda ikut resipi yang dikongsi oleh Norashikin Ismail ini. Resipi yang mudah tetapi sedap. Menariknya resipi ini kerana tidak menggunakan rempah nasi Arab yang dijual di kedai. Jom cuba!

RESIPI NASI ARAB

Resipi Nasi Arab Mudah Tanpa Guna Rempah Yang Dijual

 

BAHAN UNTUK REBUSAN AYAM, SUP & NASI

  • 1 ekor ayam potong 4
  • 1 biji tomato belah 4*
  • 1 biji bawang besar belah 4@6*
  • 1 sudu kecil jintan manis (biji)*
  • 1 sudu kecil ketumbar (biji)*
  • 2 sudu kecil lada hitam*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil rempah kurma (saya guna 2 sudu besar)
  • Akar ketumbar
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

  • Bahan-bahan bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ya, masuk je macam tu. Nak kuah lebih, tambah sikit bahan-bahan.

 

Resipi Nasi Arab Mudah Tanpa Guna Rempah Yang Dijual

Ads

 

BAHAN UNTUK NASI

  • Bawang besar setengah biji – dimayang*
  • Halia seinci & rempah 3 sekawan*
  • 2sudu besar mentega *
  • Air rebusan ayam
  • 1 cawan beras 1 1/2 cawan air (Basmathi)
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

  • Tumis semua bahan bertanda * di atas. Masukkan dalam beras yang siap dicuci. Tambah air rebusan ayam dan daun ketumbar. Ambil ayam yang direbus, masukkan sekali dalam nasi.

 

Resipi Nasi Arab Mudah Tanpa Guna Rempah Yang Dijual

 

BAHAN SAMBAL ARAB

  • Cili api & cili merah
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam & Gula

CARA PENYEDIAAN:

  • Kisar semua bahan dan tambahkan jus lemon.

 

Resipi Nasi Arab Mudah Tanpa Guna Rempah Yang Dijual

 

Ads

BAHAN SALATOH

  • Timun
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Garam & Gula

CARA PENYEDIAAN:

  • Potong dadu timun, tomato dan bawang besar. Kemudian, satukan semua bahan dan perahkan lemon.

 

Resipi Nasi Arab Mudah Tanpa Guna Rempah Yang Dijual

 

Ads

BAHAN AYAM VERSI BAKAR

  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • Garam
  • Brown sugar / madu (saya guna madu)
  • Minyak masak (2 sudu besar)

CARA PENYEDIAAN:

  • Perap ayam seketika dengan bahan-bahan di atas dan bakar dalam oven pada suhu 150°c selama 20 hingga 30 minit.

Anda tercari-cari AIR FRYER yang murah dan berkualiti? Cuba cari DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: NORASHIKIN ISMAIL

ANDA BOLEH JUGA CUBA RESIPI INI:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI