Pernah cuba Nasi Arab Ikan Siakap? Sedap tau.. Satu ektika dulu selebriti terkenal, Neelofa pernah berkongsi resipi hidangan ini di media sosial beliau. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri, saudari Nuryusra Ibrahim Kutty ada kongsikan resipinya. Bolehlah masak untuk keluarga. Jom cuba!
CARA MASAK NASI ARAB IKAN SIAKAP NEELOFA
BAHAN NASI ARAB:
1 biji bawang holland – hiris – beli online disini
1 biji bawang besar – kisar
4 biji bawang merah – kisar – beli online disini
5-6 ulas bawang putih – kisar – beli online disini
1-2 inci halia – kisar
5 pot beras basmathi – guna 7 pot air – beli online disini
1/2 tin susu cair – beli online disini
Rempah 4 sekawan
3 biji tomato
5 sudu makan tomato puri – beli online disini
2 helai bay leaf / daun bay – beli online disini
3 cili merah
2 cili hijau/cili padi
Daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak/minyak sapi – beli online disini
REMPAH PERAP IKAN & UNTUK NASI:
2 ekor ikan siakap – perap ikan dengan 1sudu makan serbuk kunyit dan 1 sudu makan garam
*2 sudu makan serbuk cili – beli online disini
*1 sudu makan jintan manis – beli online disini
*1 sudu makan jintan putih – beli online disini
*1 sudu makan ketumbar – beli online disini
*1 sudu makan lada hitam – beli online disini
Kisar kering bahan bertanda (*). Separuh guna untuk perap ikan & separuh guna untuk nasi
CARA MEMASAK:
1.Kelarkan ikan dan lumurkan bahan perap ikan selama 30 minit sehingga satu jam.
2. Tumiskan rempah 4 sekawan, bay leaf dan bawang holand yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan semua bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan tomato dan tomato puri. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan separuh daripada rempah kisar untuk perap ikan tadi serta garam dan gula.
6. Masak sehingga mendidih. Tutup api.
7. Masukkan beras, air, lada merah, lada hijau dan susu cair. Tuangkan bahan yang ditumis tadi kedalam periuk nasi.
8. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak hingga ikan tenggelam. Goreng sehingga garing dan toskan.
9. Setelah nasi masak, boleh la dihidang bersama ikan, acar dan sambal.
BAHAN ACAR SALATAH:
Timun – potong dadu
Lobak merah – potong dadu
Tomato – potong dadu
Perahan jus lemon
Hirisan daun ketumbar
Garam/Gula
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan hingga sebati.
BAHAN SAMBAL:
4 biji tomato
4 biji lada merah
4 biji cili padi
Daun ketumbar
Perahan air lemon
Daun ketumbar
Garam/Gula
CARA MEMASAK:
1.Kisar kesemuanya hingga sebati.
Kredit resipi & foto: Nuryusra Ibrahim Kutty
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official