Resipi Nasi Ayam, Bihun Sup, Bubur & Spageti Carbonara Sedap

Share

Bagi penggemar sajian Nasi Ayam, Bihun Sup, Bubur Nasi dan Spageti Carbonara, boleh cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Sangat mudah, ringkas dan sedap. Tentunya membuka selera bagi yang mencubanya. Bagi ibu-ibu yang sibuk, keempat-empat resipi ni memang sesuai disediakan kerana sebahagian dari bahan-bahan asasnya boleh disediakan awal dan boleh menjimatkan masa. Menarik kan? Berikut empat idea menu yang enak,sihat, ringkas dan mudah disediakan di rumah. Selamat mencuba.

 

1. BIHUN SUP

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm  bihun | celur dengan air  campur sedikit serbuk kunyit
  • 2 keping fillet dada ayam | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris
  • 1 keping tauhu | goreng dan hiris
  • 2 keping fish cake | goreng hiris
  • 100gm  tauge | buang ekor
  • 1 batang seleri | hiris
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Sedikit hirisan daun sup
  • Bawang goreng secukup rasa

BAHAN SUP:

  • 4 ulas bawang merah | kisar halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 1 ketul perasa ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 1 litter air rebusan tulang
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama sup bunjut hingga wangi.
  2. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air,  kacau rata.
  3. Setelah naik bau masukkan air rebusan tulang, perasa ayam (hancurkan), biarkan mendidih, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Sementara itu, masukkan bihun yang telah dicelur tadi di dalam mangkuk.
  5. Tuangkan kuah secukupnya, kemudian letakkan hirisan ayam, tauhu, fish cake, cili, tauge  di atasnya.
  6. Akhir sekali sebelum hidang taburkan daun sup dan  bawang goreng.
  7. Hidangkan bersama sambal kicap.

INFO CHEF: Untuk lebih sedap hidangkan dengan sambal kicap.

 

2. BUBUR NASI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping fillet dada ayam | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2 biji cili merah | hiris
  • Sambal kicap
  • Sup tulang  tanpa isi

BAHAN BUBUR:

  • 1 cawan beras
  • 3cm halia muda | mayang halus memanjang
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci beras dan tambahkan lebih kurang satu litter air.
  2. Rebus hingga mendidih, kacau supaya tidak berkerak.
  3. Jika perlu tambah air tambah secukupnya.
  4. Masukkan hirisan halia muda dan sedikit garam.
  5. Kecilkan api dan biarkan bubur mereneh di atas api hingga pekat dan cukup masak.
  6. Tutup api, masukkan bubur dalam mangkuk, kemudian letak di atasnya dengan hirisan ayam goreng tadi.
  7. Seterusnya taburkan daun bawang dan bawang goreng serta hirisan cili.
  8. Bubur disediakan dengan sup tulang dan sambal kicap.

INFO CHEF:  Enak dan sesuai sebagai hidangan untuk ahli keluarga sakit.

 

3. NASI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm beras
  • 1 ketul stok ayam
  • 2 sudu makan mentega
  • Garam secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

  • 2 keping fillet ayam segera | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris
  • Sup tulang tanpa isi | secukupnya
  • Sambal cili secukupnya
  • 1/2 batang timun | hiris serong
  • 1 biji tomato | hiris bulat
  • Daun salad secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Menggunakan periuk nasi, panaskan mentega.
  3. Kemudian  masukkan beras bawang putih dan hirisan halia.
  4. Kacaua hingga wangi, masukkan beras, gaul rata.
  5. Masukkan air dan stok ayam dan sedikit garam.
  6. Kacau rata dan tutup periuk, biarkan masak lebih kurang 10 minit.
  7. Sementara itu sediakan bahan hirisan, sup dan sambal
  8. Setelah nasi masak, hidangkan bersama bahan sampingannya.
  9. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk kuah sup dan sambal cili, anda boleh sediakan awal untuk jimatkan masa.

 

4. SPAGETI CARBONARA AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm spageti | rebus dan tos
  • 150gm sos carabonara
  • 150gm cendawan butang dalam tin | hiris
  • 150ml susu cair
  • 2 sudu makan keju parmesan
  • 5 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Sedikit hirisan cili padi | jika suka
  • Garam secukup rasa
  • 300gm isi dada ayam | celup tepung goreng segera, goreng dan hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
  2. Masukkan cendawan, kacau rata dan masukkan pula sos carbonaraaaaa.
  3. Seterusnya masukkan  susu cair, diikuti spageti kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
  5. Kecilkan api dan terus gaul lebih kurang 1-2 minit.
  6. Tutup api, taburkan serbuk keju parmesan, serbuk lada sulah dan hirisan cili padi. Gaul rata.
  7. Hidangkan bersama hirisan fillet ayam goreng tadi.

INFO CHEF: Untuk menyediakan spageti carbonara ada pelagai versi ikut cita rasa anda.  Resipi ini paling ringkas. Sesuai sebagai hidangan makan malam keluarga.

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur