Hidangan Nasi Ayam Penyet sememangnya menjadi kegemaran ramai. Set nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman, yang dimakan bersama ayam goreng yang garing serta sambal yang power memang membuka selera. Nak cuba? Jom tengok resipi perkongsian saudari Mashitah Mas ni. Nampak sedap dan membuka selera.
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit. 2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam. 3. Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam. 4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air hingga kering. 5. Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati. 6. Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat. 7. Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
8. Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung. 9. Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng hingga garing. 10. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.
RESIPI SAMBAL AYAM PENYET
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili padi
Cili merah
Tomato
Belacan bakar
Gula dan garam secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK: 1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Seterusnya goreng bawang merah hingga layu. Guna minyak sederhana sahaja dan jangan terlalu banyak. 3. Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah dua. Masukkan juga tomato yang telah dipotong empat. Masak sampai tomato layu. Angkat. 4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan juga belacan ke dalam blender. Tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar sekejap sahaja (kisar kasar). 5. Tuang kembali bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa. Tambahkan juga sedikit gula melaka. Masak hingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan bersama ayam dan nasi.
INFO: Jumlah bahan sambal hanya perlu agak-agak ikut citarasa.
Nasi ayam claypot, tiba-tiba teringat dan teringin nak makan. Tapi tak rajin pula nak keluar untuk beli. Kalau dah begini, buat sajalah sendiri di rumah.
Tak perlu claypot, masak dalam periuk biasa pun boleh. Lebih praktikal sebenarnya, sekali masak boleh makan untuk sekeluarga.
Caranya ditunjukkan oleh Mariana Zainal.Resipi ini lengkap dengan ikan tenggiri jeruk yang memang menambahkan lagi keenakannya.
Resipi Nasi Ayam Claypot, Masak Dalam Periuk Biasa
Bahan untuk nasi
3 ½ cawan beras (guna cawan metrik, masak seperti nasi putih biasa)
½ ekor ayam – dipotong
200g cendawan shitake (lagi banyak lagi sedap)
1 ½ keping ikan tenggiri jeruk
Sawi pak choy secukupnya
Sedikit daun bawang – dihiris
1 biji cili merah besar – hiris memanjang
1 ½ senduk minyak masak untuk menumis
Bahan Gaul Ayam
Halia sebesar 1–2 ibu jari – hiris
8–10 ulas bawang putih – hiris
5 biji cili padi merah – hiris
5 biji cili padi hijau – hiris
3 sudu makan minyak bijan
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan stok ayam (atau 2 kiub pati ayam)
4 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap masin
1 sudu makan lada sulah
½ cawan air
Cara Penyediaan Nasi Ayam Claypot
1. Hiris cendawan, halia dan bawang putih
2. Gaulkan ayam dengan minyak bijan, kicap, sos tiram, hingga rata.
3. Kemudian masukkan halia dan bawang putih yang dihiris bersama cili api, lada sulah, stok ayam dan air. Gaul hingga sebati.
4. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hirisan cendawan, halia dan bawang putih tadi hingga naik bau.
5. Masukkan ikan masin bersama ayam yang digaul dengan bahan tadi bersama dengan kuahnya. Masak hingga mendidih kemudian tutup api.
6. Ambil periuk berisi nasi yang siap dimasak lalu susun ayam diataskan dan curah kuah hingga rata. Tutup periuk dan panaskan hingga kuah menggelagak.
7. Masukkan sayur pak choy dan cili padi yang dihiris. Tutup api, sedia dihidangkan Ketika masih panas.
Tip Ekstra
Jika nak rasa lebih wangi, boleh tambah sedikit minyak bijan di atas nasi sebelum dihidang.
Untuk tekstur nasi lebih ‘smoky’ seperti claypot, biarkan nasi sedikit berkerak di bahagian bawah periuk.
Sepanjang musim PKP ni, asyik masak je. Pasti ramai ibu-ibu yang sudah kehabisan idea untuk masak buat keluarga. Bagi anda yang tercari-cari sajian yang sedap dan mudah masak, resipi Nasi Daging Air Asam Kerisik perkongsian saudariMariana Zainal ni boleh dicuba. Sangat mudah dan tentunya sedap.
CARA MASAK NASI DAGING AIR ASAM KERISIK SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – boleh lebihkan. Basuh, rebus empuk & hiris
1 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
Sedikit halia – hiris
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 sudu makan serbuk rempah Kurma
1 sudu makan serbuk rempah sup – boleh ganti dengan 1 kiub pati lembu
1 cawan susu cair
Sedikit daun ketumbar – jika tiada, abaikan
1 helai daun pandan ( simpul) – jika tiada, abaikan
Nasi daging adalah salah satu hidangan yang sedap dan mampu membangkitkan selera. Baunya sahaja sudah menusuk rongga hidung dan membuatkan terliur untuk menikmatinya. Nasi daging adalah antara kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sedap dan aromanya yang sungguh menepati cita rasa. Walaupun nak memasaknya agak banyak menggunakan bahan sebagai ramuan, namun ianya berbaloi sebab rasanya yang sedap.
NASI DAGING UTARA
.
BAHAN UTAMA
• 1 kilo daging batang pinang dipotong kecil
• 1 kilo beras basmathi dibersih dan toskan
BAHAN LAIN
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 sudu besar marjerin
• 3 sudu besar rempah nasi daging (bancuh sikit air)
• 1 tin tomato sup
• 3 cawan air
• sedikit gula batu
• garam secukup rasa
•1/2 cawan susu cair
• sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
BAHAN TUMIS
• 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
• sedikit daun ketumbar
• 3 helai daun pandan
• 1 batang serai diketuk
• 1 labu bawang besar (dikisar)
• 3 ulas bawang putih (dikisar)
• 1 inci halia (dikisar)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan serai.
3. Masukkan bahan yang dikisar (bawang besar, bawang putih dan halia).
4. Masukkan rempah nasi daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging, tomato sup dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukkan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dengan rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi. Boleh ambil daging yang tertanam dalam nasi untuk dicecah bersama air asam.
AIR ASAM (kisar semua bahan)
• 4 biji cili
• 1 biji lada merah besar
• 1 ulas bawang putih
• 1 inci belacan yg dibakar
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos ikan
• 60 ml air asam jawa
• 1 sudu kecil gula
• secubit garam
BAHAN HIRIS
• Sedikit hirisan bawang merah
• Sedikit tomato (hiris dadu)
• Daun ketumbar (hiris halus)
• 1 biji cili (hiris bulat)
Semua bahan di atas dikisar sehingga hancur atau separuh hancur terpulang nak macam mana. Kalau nak cair sedikit, tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!