Nasi Ayam Thai. Resipi yang sedang hangat tular di grup-grup masakan di laman sosial. Berbeza dengan nasi ayam yang biasa kita makan, resipi ini jauh lebih mudah, ringkas dan tidak renyah. Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Jom kita cuba resipi perkongsian saudara Shahril Romli ini.
BAHAN-BAHAN:
- Isi dada ayam
- Akar ketumbar
- Hirisan halia secukupnya
- Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
- Kiub pati ayam secukupnya
- 3 cawan beras – dibersihkan dan ditos
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
- Sos cili thai maggi
- 1 sudu kicap pekat
- Sedikit perahan jus limau nipis
- Sedikit air jika perlu
- Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
CARA MEMASAK:
- Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Kredit resipi & gambar: Shahril Romli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI