Resipi Nasi Briyani Asli Dari Pakistan Lain Dari Resipi Nasi Briyani Di Malaysia

Share

Agak-agak korang apa perbezaan resipi Nasi Briyani Pakistan dan Nasi Briyani Malaysia? Haa teringinkan nak tahu? Ni yang saya nak kongsikan ni keistimewaan dan ramuan resipi Nasi Briyani Pakistan. Resipi Nasi Briyani Pakistan ni memang akan guna rempah asli dari Pakistan yang korang boleh je beli online. Katanya rasanya memang berbeza, cara masakan Nasi Briyani Pakistan ni perlu dilapis-lapiskan dengan kuah yang dimasak asing tu. Wahh dengar pun macam menarik dah ni belum rasa lagi Nasi Briyani Pakistan ni. Resipi Nasi Briyani Pakistan ni telah dikongsikan oleh Jaja Razali

di Facebook yang katanya ibu mertuanya yang ajar cara masakan Nasi Briyani Pakistan ni. Jom kita cuba resipi ni yang anggaran sesuai untuk 4-5 orang makan.

NASI BRIYANI PAKISTAN

BAHAN-BAHAN:

(KUAH)

6 biji bawang saiz sederhana

1 ekor ayam atau 2kg daging/kambing

1/2 cawan minyak

1 paket rempah Briyani Pakistan

5 cili hijau

Garam

2 biji tomato besar

1/2 cawan yogurt

CARA PENYEDIAAN:

1)Panaskan minyak, goreng bawang sampai perang

2)Masuk tomato, goreng sekejap dalam 5 minit sampai naik bau.

3)Masukkan ayam/kambing biar 5 minit .

4)Masukkan yogurt, garam dan rempah briyani guna api slow

Sampai ayam atau kambing lembut dan naik minyak. Akhir sekali masukkan cili hijau, biarkan beberapa minit

BAHAN-BAHAN:

(NASI)

3 cawan beras basmati

3 liter air didihkan dengan:

-Jintan manis (1 sudu teh)

-Lada hitam (1 sudu teh)

-Kayu manis (1 batang)

-Buah pelaga (1 sudu teh)

-Garam (4 to 5 sudu makan)

CARA PENYEDIAAN:

1. Rendam beras basmathi selama 20 minit

2. Didihkan 3 liter air bersaman bahan lain dan masukkan beras biarkan masak ¾ dari kuantiti nasi. Anggaran 10 minit sahaja.

3. Tapis beras dan ketepikan.

Dalam periuk yang besar:

Masuk satu lapis nasi yang 3/4 masak tadi, letak pewarna kuning/safron. Kemudian letak lapisan ayam/kambing.

Ulang 2 hingga 3 lapisan, tutup periuk, masak 5 minit atas api sederhana dan 10-minit api paling kecil.

Dah masak, gaul nasi tu sebelum hidang.

Boleh makan bersama Raita atau kalau makan dengan air asam banjar pun sedap kalau buat guna daging.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Jaja Razali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nadzirah Rashid