Sesekali masak Nasi Briyani istimewa untuk keluarga, memang puas hati. Lebih-lebih lagi bila lihat suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera. Buat sang ibu rasa lebih bersemangat nak cuba pelbagai resipi lagi. Terasa nak cuba masak hari ni? Resipi perkongsian di FB oleh saudari Fatimah Saarini antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap dan macam yang jual dekat restoran kan? Lengkap dengan resipi Ayam Masala beliau sendiri. Jom cuba!
CARA MASAK NASI BRIYANI SIMPLE (sukatan 4-6 org makan)
2 sudu makan rempah beriani – bancuh dengan sedikit air – beli online disini
Air mengikut sukatan beras basmathi yang anda guna
4 biji telur rebus
INFO:
Kata empunya resipi, air mengikut sukatan beras basmathi yang kita guna. Biasanya beliau guna air kena lebih sikit. Lebih kurang sukatannya 1:1.5
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali.
2.Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan, bahan-bahan kisar dan rempah beriani. Tumis hingga wangi.
Ads
3.Masukkan gajus dan masak hingga gajus keperangan.
4. Masukkan kismis. Kacau rata.
5. Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam dengan secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa. Masak hingga nasi kering.
7. Dengan menggunakan batang sudu, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.
8. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.
9. Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna oren. Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah. Seeloknya gunakan chop stick atau garpu.
Bila tiba hujung minggu atau hari cuti, pastinya ada yang nak masak menu istimewa buat anak-anak dan suami. Antara yang mudah disediakan adalah aneka nasi tumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Tomato dan lain-lain. Bagi yang tidak biasa, pasti rasa susah nak dapatkan nasi yang cantik dan masak sempurna.
Usah risau. Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai ni. Pasti anda rasa lebih yakin.
CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Ha..mudah kan? Ni RASA belanja satu resipi nasi mudah. Selamat mencuba!
NASI BRYIANI AYAM YOGURT
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
400gm ayam | potong sederhana
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan yogurt
1 biji Lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
Gula & Garam
Air secukupnya
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit Lgi.
Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Tengah ‘usha’ RICE COOKER baru? Meh RASA kongsikan seleksi terbaik yang anda boleh pilih DISINI.
Nak lebih banyak resipi NASI best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Bila dihidang dengan bubur nasi bersambal orang yang demam pun boleh kebah, sesuai untuk selera mereka yang tak sihat. Buka selera sungguh makan macam ni. Slurpp slurppp tak sedar habis semangkuk, cubalah buat,confirm bertambah-tambah.
Bubur Nasi Bersambal
Bahan-bahan:
Ikan bilis & udang kering
Cabai masak
Cabai kecil
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Gula & garam
Air perahan limau
Hirisan halia
Hirisan daging
Daun bawang dan bawang goreng
*Sukatan terpulang kepada cita rasa anda
Cara memasak:
1.Ikan bilis dan udang kering. Goreng ikan bilis dahulu, dah separuh garing baru masukkan udang kering yang dah direndam dalam 15 minit. Rendam sebab nak bagi kembang dan lembut.
2.Cabai masak, cabai kecil, bawang besar, bawang putih, belacan dikisar kasar. Tumis bahan ni macam biasa, dah garing masukkan gula,garam dan air limau. Rasa secukup rasa. Tak perlu masukkan air sebab ni versi sambal kering yang sesuai dimakan dengan bubur nasi.
3.Bubur nasi dimasak seperti biasa, masukkan halia dan garam. Saya tambah daging dalam bubur tu,rasa lemak berkrim.
4.Nak makan taburlah daun bawang dan bawang goreng. Bawang goreng tu buat sendiri, lagi sedap dari yang beli.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira