Resipi Nasi Briyani Simple Sukatan Untuk 4-6 Orang Makan

Share

Sesekali masak Nasi Briyani istimewa untuk keluarga, memang puas hati. Lebih-lebih lagi bila lihat suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera. Buat sang ibu rasa lebih bersemangat nak cuba pelbagai resipi lagi. Terasa nak cuba masak hari ni? Resipi perkongsian di FB oleh saudari Fatimah Saari ni antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap dan macam yang jual dekat restoran kan? Lengkap dengan resipi Ayam Masala beliau sendiri. Jom cuba!

 

CARA MASAK NASI BRIYANI SIMPLE (sukatan 4-6 org makan)

BAHAN-BAHAN:

 

INFO:

  • Kata empunya resipi, air mengikut sukatan beras basmathi yang kita guna. Biasanya beliau guna air kena lebih sikit. Lebih kurang sukatannya 1:1.5

 

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali.

2.Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan, bahan-bahan kisar dan rempah beriani. Tumis hingga wangi.

3.Masukkan gajus dan masak hingga gajus keperangan.

4. Masukkan kismis. Kacau rata.

5. Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam dengan secukup rasa. Biarkan mendidih.

6. Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa. Masak hingga nasi kering.

7. Dengan menggunakan batang sudu, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.

8. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.

9. Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna oren. Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah. Seeloknya gunakan chop stick atau garpu.

10. Siap dan boleh letak telur rebus dalam nasi.

 

RESIPI AYAM MASALA

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam

BAHAN PERAP:

 

BAHAN TUMIS:

  • 1 bawang besar (dadukan)
  • 1 biji tomato (dadukan)
  • 2 tangkai daun kari (*)
  • 1 sudu bawang putih kisar (*)
  • 1/2 sudu teh jintan manis (*)
  • 1/2 sudu teh jintan manis (*)
  • Kulit kayu manis (*)
  • Bunga lawang (*)
  • Bunga cengkih (*)
  • Garam
  • Gula
  • Kiub pati ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan perapan. Perap selama 30 minit.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan bertanda (*).

3. Masukkan bawang besar dan tomato yang didadukan. Biarkan sebati.

4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air. Gaul sebati dan tambah susu cair, garam dan gula dengan secukupnya.

5. Tutup periuk dan biarkan ayam masak hingga empuk dalam 15-20 minit.

6. Kacau sebati dan biar agak berkuah sedikit. Bila sudah siap, boleh tabur daun ketumbar.

7. Sedia dihidang.

Kredit resipi & foto: Fatimah Saari

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur