Resipi Nasi Bukhari Ayam Untuk Sajian Pagi Raya. Mudah & Sangat Sedap!

Share

Salah satu resipi nasi tumis yang mudah dan enak. Makan banyak kali pun tak muak. Malah nak hasilkannnya tidak terlalu rumit. Sangat sesuai dicuba di Aidilfitri nanti.

 

NASI BUKHARI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | dipotong 6-8 ketul
  • 750gm beras basmathi | dicuci dan tos airnya
  • 750gm air untuk nasi
  • 250 susu segar
  • 250 air untuk ayam
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 6 ulas bawang putih | dihiris
  • 3cm halia | dihiris halus
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 batang lobak merah | dicincang
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 kiub stok ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

BAHAN REMPAH SERBUK:

  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
  • 1/2 sudu teh serbuk serbuk buah pelaga
  • 1/2 sudu teh perwarna kuning

CARA  MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah penumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan semua rempah serbuk, hirisan lobak merah dan tomato puri.
  3. Kacau sebentar masukkan ayam dan 250 ml air.
  4. Kemudian masukkan daun pudina, daun ketumbar, garam dan stok ayam. Masaklah sehingga kuah agak memekat dan kering.  Tutup api.
  5. Alihkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
  6. Masukkan juga beras, cili hijau, susu segar dan air. Kacau sebati.  Masaklah seperti biasa.
  7. Apabila nasi telah masak hias dengan kacang gajus, kismis dan bawang goreng.

 

INFO CHEF: Periuk nasi jangan didibuka dan beras jangan dikacau sehingga nasi betul-betul masak untuk mendapat nasi yang cantik dan tidak patah.  Apabila nasi telah masak dinasihatkan kacau menggunakan penyepit atau garpu dua mata.

 

Published by
Nur