Resipi Nasi Butter Ala-Ala KFC & Ayam Panggang Ala-Ala Dominos Memang Padu Rasa. Gerenti Bertambah Makan.

Share

Anak-anak rajin membeli dekat foodpanda,memang lari bajet kalau hari-hari memesan dari sini. Antara yang menjadi kesukaan anak-anak ialah ayam KFC , pizza dan lain-lain.
Jom hari ini kita buat menu nasi butter ala-ala KFC dan ayam panggang ala-ala Dominos, pasti berebut makan anak-anak nanti. Jimatkan poket. Mudah dan memang menjilat jari sedapnya.

Ayam Panggang Ala-ala Dominos Madu
Bahan-bahan:
8-10 ketul ayam 8-10
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato


2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar lada hitam( tumbuk)
4-5 ulas bawang putih( tumbuk)

2-3 sudu besar madu
Minyak sikit
Gula dan garam secukupnya
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar butter

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef

Cara memasak:
1.Cairkan butter dan masak semua bahan tadi. Kecuali minyak.
2.Dah suam boleh lumur pada ayam dan perap semalaman ya. Letak minyak sikit.
3.Bakar dalam pemanggang ajaib atau airfryer 180’c 30minit. Ikut korang nak garing tahap mana.
4.Setel. Boleh makan dengan nasi butter ala-ala KFC tu.

Nasi butter Ala Ala KFC

Bahan-bahan:

3 pot beras ( untuk 4 -5 orang makan)
1 sudu butter-BELI ONLINE DI SINI


3 ulas bawang putih ( hiris halus)
1 biji bawang merah
1 cawan susu segar-BELI ONLINE DI SINI
1 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI
1 inci halia
3 cawan air + 1 cawan susu fresh milk
Air ni ikut pada beras masing-masing. Tapi dah letak susu, jangan letak air banyak pula. Nanti lembik jadi bubur nasi butter korang.

Cara memasak:

1.Cairkan butter atas kuali, masukkan bawang putih. Dah kekuningan masukkan bawang merah.
2.Masukkan susu. Biarkan 3 minit.
3.Didih, masukkan halia dan kiub ayam.
4.Semua dah sebati , goreng sekejap beras hingga sebati. Tutup api.
5.Masukkan bahan tadi dalam rice cooker.
6.Curahkan air + susu, kacau dan biarkan sampai masak.

Kredit: Hamizah Zakaria

INGIN MEMBELI KUALI NON STICK BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Published by
Putri Adila Saari