Juadah sempurna satu periuk nasi, cukup lengkap untuk dihidangkan seisi keluarga. Jimat masa dan tenaga, kalau masak pagi sebelum pergi kerja pun sempat boelh diabiarkan warm dan petang nanti balik kerja boleh makan! Selamat mencuba.
RESIPI NASI CLAYPOT
BAHAN-BAHAN:
400gm peha ayam (dipotong kecil)
4 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
3-4 cendawan shitake *hiris
Halia sebesar 2 ibu jari *parut dan ambil air dalamnya 2 sudu makan
Ikan Masin *goreng dan ceraikan isi
2 cawan beras
Air untuk memasak nasi
Tambahan/Hiasan:
Ads
Sayur Sawi/Pok Choy *celur
Daun Bawang
Cili Kicap
Sedikit minyak bijan
CARA-CARA:
1. Campurkan kicap, sos tiram, cendawan, air halia dan perap ayam.
2. Masak nasi seperti biasa di dalam periuk nasi, masa nasi nak kering masukkan perapan ayam tadi. Gaul-gaulkan sedikit. Biarkan masak.
3. Bila dah masak boleh gaul-gaulkan dengan isi ikan masin yang digoreng tadi.
4. Taburkan dengan daun bawang, sawi, minyak bijan dan boleh dihidangkan.
Tip:
1. Untuk individu yang sibuk, boleh perap ayam siap-siap dan bila nak makan boleh terus masak. Perap malamnya, esok boleh bawa bekal pergi sekolah/kerja.
2. Kalau suka rasa halia, letak sedikit kepingan halia dalam nasi atau serbuk halia.
3. Sedap dimakan bersama cili kicap. (Potong cili padi dan campurkan sedikit kicap cair)
Anak-anak memang sukakan lauk ayam. Masaklah macam mana pun, pasti laris. Salah satu menu ayam yang boleh anda cuba ialah Ayam Teriyaki. Ha…macam best je masak menu ala Jepun hari ni kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AYAM TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam
1 sudu makan air sejuk
1/2 cawan gula
1/2 cawan kicap cair
1/4 cawan cuka
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih| dicincang
1/2 sudu teh serbuk halia
Nasi jepun secukupnya
Sedikit bijan | disangai
CARA MEMASAK:
Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
Menu dari Kacang Dhal memang baik untuk tubuh, ia antara kekacang mudah diperolehi, murah dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh kerana ia tinggi kandungan protein dan kalsium. Malah kandungan kalsium dalam kacang Dhal setanding dengan kalsium di dalam yogurt.
Di samping itu menu kacang Dhal juga membantu anda yang sedang berpuasa rasa kenyang lebih lama.
Dengan sebegini banyaknya khasiat kacang dhal, apa tunggu lagi, anda boleh pelbagaikan menu kacang dhal untuk menjadi hidangan berbuka dan sahur nanti. 1. PUFF INTI KARI DHAL AYAM
BAHAN-BAHAN:
10 keping pastri puff segera
1/2 cawan kacang dhal | rebus dan tos air
200gm isi ayam | dadu kecil
1 biji bawang holand | potong dadu
3 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 biji kuning telur | kacau
Garam gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Keluarkan pastri puff, biarkan pada suhu bilik.
Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang holland hingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan daun kari.
Kacau rata, masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga garing, baru masukkan ayam, kacau rata.
Bila ayam kecut masukkan kacang dhal dan kentang yang telah direbus tadi.
Kacau rata atas api sederhana hingga inti kering. Tutup api.
Setelah inti sejuk, letakkan di atas pastri dan lipat bentuk tiga segi.
Kemaskan tepi pastri dengan garpu. Kemudian sapukan dengan kuning telur di atasanya.
Cucuk dengan garpu atas pastri sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180C, atau saiz ketuhar anda.
Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
2.KUIH VADAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
1/2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar | dadu halus
2 biji cili hijau | dadu halu
4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan rempah kari
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
Gaul rata dan sebati,
Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
Setelah perang keemasan, angkat dan toskan.
Kuih Vadai sedia dihidangkan.
3. PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
REMPAH PENUMIS:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 tangkai daun kari
6 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
Kacau rata, tambah serbuk kunyit, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
Setelah telur membeku, tutup api.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.
4. BEBOLA DAGING SOS DHAL
BAHAN-BAHAN:
8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
1/2 cawan yogurt
1 sudu makan mustard
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK: 1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan. 2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar. 3. Kisar hingga sebati. 4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan. 5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana. 6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya 7. Masukkan bebola daging, gaul rata. 8. Apabila kuah pekat, tutup api. 9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.