Hidangan Nasi Daging ni ringkas je tapi rasa dia memang luar biasa. Bagi anda yang tercari-cari resipi Nasi Daging yang mudah, boleh cuba resipi ni.

NASI DAGING UTARA 

Resipi Nasi Daging Air Asam Utara Sangat Sedap. Wajib Cuba Ni.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 2 cawan beras Basmathi | rendam 1/2 jam
  • 3 cawan air rebusan daging

BAHAN REBUSAN:

  • 400 gram daging lembu
  • 1 inci halia | hiris nipis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 1/2  cawan air  

BAHAN TUMIS:

  • 1 biji bawang besar | hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih | hiris nipis
  • 2 kuntum bunga Lawang
  • 1 batang Kayu Manis
  • 2 kuntum bunga C
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 helai daun Pandan | simpul
  • 1 sudu makan rempah Kurma
  • 1 batang serai | dititik
  • 2 sudu makan  minyak Sapi
  • 1  sudu makan  marjerin
  • 3 sudu makan  tomato puri
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN:

  • Hirisan daging
  • Kismis hitam

CARA MEMASAK:

  1. Daging rebus: Rebus daging bersama bahan rebusan yang lain hingga daging empuk.
  2. Untuk nasi: Panaskan minyak sapi dan marjerin. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  3. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Kemudian tuangkan dalam periuk nasi berisi beras dan air rebusan daging.
  5. Kacau seketika dan masak seperti nasi biasa.
  6. Akhir sekali masukkan kismis dan hirisan daging. Gaul rata dan biarkan lima minit lagi.
  7. Nasi siap dihidangkan dengan air asam dan hirisan daging.

 

AIR ASAM

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar | hiris nipis
  • 2 biji tomato, potong | dadu kecil
  • 7 biji cili merah | hiris
  • 1 inci belacan | dibakar
  • 1 sudu makan  sos ikan Thai
  • 1 cawan Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan, gaul rata.
  2. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

Ads

INFO CHEF: Hidangan ini popular di negeri utama Malaysia terutamanya di negeri Kedah.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI