Resipi Nasi Daging Ekspres Paling Mudah, Guna 1 Bahan Penting Ini

Share

Pertama kali merasai keenakan nasi daging, pasti ingin mencuba lagi berulang kali. Dinikmati pula dengan hirisan daging lembut berserta air asam, memang mengundang selera.

Adakala kita tiada kesempatan waktu untuk menyediakan nasi daging ini, tetapi selera pada ketika itu teringin benar nak menikmatinya. Jangan risau. Ada resipi ekspres dan cara paling mudah dan pantas untuk menyediakan nasi daging.

Rahsianya ada pada Kurma Daging Adabi. Tak perlu lagi bersusah payah beli rempah kurma dan daging di pasaraya. Satu tin sudah cukup lengkap, cukup rasa.

Pernah tular suatu ketika dahulu, kali ini kita ikuti perkongsian daripada Hidayah Terbilang yang turut sama tidak ketinggalan mencuba resipi Nasi Daging Adabi yang tular ini. Jom kita buat.

NASI DAGING ADABI

BAHAN-BAHAN:

Tomato

Rempah 3 sekawan – Boleh beli online di sini

Cili hijau

Marjerin Planta – Boleh beli online di sini

1 tin Kurma Daging Adabi – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Panaskan marjerin dan tumiskan tomato yang telah dipotong dadu.

Tumis sekali bersama rempah tiga sekawan dan cili hijau.

Kemudian, tuangkan 1 tin Kurma Daging Adabi. Kacau rata.

Setelah itu, masukkan kuah tumisan tadi ke dalam beras.

Tambahkan garam dan kiub pati ayam dan daging.

Rebus di dalam ini dan masaklah seperti biasa. Untuk 2 pot beras basmati, bersamaan dengan 3 pot air dan 1 tin Kurma Daging Adabi.

Jika rasa kurang rajin untuk menumis, boleh tuangkan saja Kurma Daging Adabi ini ke dalam beras. Konsepnya sama seperti masak beriani kambing Adabi.

AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

Tomato

Bawang besar

Air asam jawa – Boleh beli online di sini

Belacan

Garam

Sos tomato – Boleh beli online di sini

Sambal belacan

Cabai Melaka /cili padi

CARA MEMASAK:

Hiriskan nipis tomato dan bawang besar.

Masukkan sambal belacan.

Campurkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan.

Perasakan dengan garam dan sedikit sos tomato.

Gaulkan semua sekali.

NOTA: Jika tiada sambal belacan, boleh potongkan cili padi.  

Selamat mencuba.

Kredit: Hidayah Terbilang

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Fazida