Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI DAGING GUNA KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
Ads
NOTA:
Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.
Ingin menyediakan hidangan yang lebih istimewa di hari raya ni, pelbagai jenis nasi berwarna cukup perisa dan sedia dihidangkan bersama lauk. Anda juga tidak perlu risau kerana anak-anak kecil boleh menikmati nasinya begitu sahaja. Memang sedap!
1. NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan ayam
1 batang serai | titik
4cm halia |mayang halus
Garam secukup rasa
Kismis secukupnya
Cara memasak:
Rendam beras sejam. Toskan.
Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI BEREMPAH KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing (bahagian rusuk atau daging pejal) | potong sederhana kecil dan rebus empuk
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
3 cawan air rebusan daging kambing
1 cawan air (3 sudu makan biji ketumbar dikisar dengan satu cawan air dan tapis)
3 sudu makan minyak sapi/mentega
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan kismis
1 biji bawang besar | dadu kecil
4 ulas bawang putih | cincang kasar
Garam secukupnya
Pewarna kuning secukupnya (pilihan)
Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B: (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B berserta bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan tomato puri dan tumis hingga rempah masak.
Masukkan kambing dan didihkan hingga kambing benar-benar empuk.
Masukkan beras ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa. Tuang air rebusan kambing dan air ketumbar lalu didihkan hingga semua bahan masak.
Apabila nasi masak, tambah kismis dan titikkan pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata pada nasi. Letak daun pudina ke dalam nasi lalu tutup periuk untuk setengah jam.
Hidangkan bersama hirisan timun, tomato, lemon dan cili hijau.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
3. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
2 cawan air
2 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang besar |mayang halus
3 ulas bawang putih |kisar
2cm halia |kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 batang serai | ketuk
2 helai daun pandan | siat & simpul
Garam secukup rasa
Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
1 ekor ayam |belah empat
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tomato puri
1 biji bawang besar | kisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
4. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kiub besar
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
2 biji bawang besar | mayang halus
4 cawan air rebusan daging
3 sudu makan mentega/minyak sapi
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh air rendaman safron
1 sudu teh jus lemon
2 helai daun bay leaf
1 sudu teh biji lada hitam
5 ulas bawang putih
Garam dan gula perang secukupnya
Bawang goreng dan kismis secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
5. NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
3 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
4cm halia muda | mayang halus
1 labu bawang besar |kisar halus
4 ulas bawang putih |kisar halus
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Masukkan beras dan air.
Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
6. NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
2 keping isi ikan merah |potong dadu
3 cawan susu cair
½ cawan air
2 helai daun pandan | siat dan simpul
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan marjerin
Tepung jagung secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | mayang halus
3 ulas bawang putih |mayang halus
3cm halia muda |mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
Suka makan Nasi Arab? Resipi terlajak mudah perkongsian saudari Lina Kasmani ini sesuai anda cuba. Masak guna periuk nasi elektrik je. Lepas ni kalau tiba-tiba suami atau anak-anak ‘request’ nak makan nasi ni, bolehlah masak tanpa ada masalah. Rasanya pun sedap! Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI ARAB SUPER SIMPLE LA’NINA (portion utk 4 orang makan)
CARA MEMASAK: 1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam , ajinamoto atau cukup rasa, terpulang pada anda. Pastikan air rebusan ada rasa yang secukupnya. Nasi Arab ni tak banyak lauk, jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya . Matikan api dan keluarkan ayam. 2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit . Biarkan seketika . 3. Sementara itu, tumiskan daun pandan, ketumbar, jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . Masukkan beras basmathi tadi dan tumis lagi selama 1 minit. Matikan api . 4. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan. Susun ayam tadi di bahagian atas. Jumlah air pula bergantung kepada jenis beras yang digunakan. 5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker seperti biasa hingga masak. 6. Nasi Arab sedia untuk dinikmati bersama lauk kesukaan anda seperti dalca, sambal dan sebagainya.
Sesekali makan BuburAyam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Salah satu resipi Bubur Ayam yang paling mudah adalah yang dikongsi oleh saudari Ana Mariana Ismail ni. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.