Nasi daging adalah salah satu hidangan yang sedap dan mampu membangkitkan selera. Baunya sahaja sudah menusuk rongga hidung dan membuatkan terliur untuk menikmatinya. Nasi daging adalah antara kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sedap dan aromanya yang sungguh menepati cita rasa. Walaupun nak memasaknya agak banyak menggunakan bahan sebagai ramuan, namun ianya berbaloi sebab rasanya yang sedap.
NASI DAGING UTARA
.
Ads
BAHAN UTAMA
• 1 kilo daging batang pinang dipotong kecil
• 1 kilo beras basmathi dibersih dan toskan
BAHAN LAIN
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 sudu besar marjerin
• 3 sudu besar rempah nasi daging (bancuh sikit air)
• 1 tin tomato sup
• 3 cawan air
• sedikit gula batu
• garam secukup rasa
•1/2 cawan susu cair
• sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
BAHAN TUMIS
• 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
• sedikit daun ketumbar
• 3 helai daun pandan
• 1 batang serai diketuk
• 1 labu bawang besar (dikisar)
• 3 ulas bawang putih (dikisar)
• 1 inci halia (dikisar)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan serai.
3. Masukkan bahan yang dikisar (bawang besar, bawang putih dan halia).
4. Masukkan rempah nasi daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging, tomato sup dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukkan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dengan rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi. Boleh ambil daging yang tertanam dalam nasi untuk dicecah bersama air asam.
AIR ASAM (kisar semua bahan)
• 4 biji cili
• 1 biji lada merah besar
• 1 ulas bawang putih
• 1 inci belacan yg dibakar
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos ikan
• 60 ml air asam jawa
• 1 sudu kecil gula
• secubit garam
Ads
BAHAN HIRIS
• Sedikit hirisan bawang merah
• Sedikit tomato (hiris dadu)
• Daun ketumbar (hiris halus)
• 1 biji cili (hiris bulat)
Semua bahan di atas dikisar sehingga hancur atau separuh hancur terpulang nak macam mana. Kalau nak cair sedikit, tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.
Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Udang laut berkulit keras
Garam
Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Daging masak kicap adalah antara menu paling sering dimasak dan dihidangkan disetiap rumah. Pun begitu sebenarnya ia mempunyai rasa yang pelbagai apabila bahan-bahan yang digunakan berbeza dengan apa yang biasa kita gunakan. Cuba resipi ini dan siapa tahu ia mungkin menepati citarasa selera anda sekeluarga.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong nipis-nipis
BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
2 biji bawang besar Bombay | dihiris kasar
125ml kicap pekat
5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar Bombay
4 biji bawang putih
5cm halia
4 sudu makan cili giling (bergantung kepedasan yang diingini)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah dikisar bersama bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging yang telah dicuci dan dihiris nipis tadi. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
3. Setelah itu, masukkan kicap pekat dan air asam jawa, reneh lagi hingga kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris kasar.
5. Sedia dihidangkan.
Sesekali dapat menikmati nasi Bukhari kambing memang puas rasanya. Aroma nasi dengan rempah ratusnya membuatkan rasanya enak. Jika anda ingin membuatnya sendiri, boleh ikut resepi mudah ini. Memang berbaloi cuba.
NASI BUKHARI KAMBING
Bahan-bahan: Minyak masak Daging kambing (dipotong dadu) Bawang besar/Holland (fdihiris nipis) Lobak merah-dipotong runcing Garam Jintan manis Mentega Daun bay 2 biji tomato
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat minyak dan tak terlalu sedikit.
2. Masukkan daging kambing yang dipotong kiub. Alih-alihkan daging tu dalam kuali selama lebih kurang 15 minit. Kemudian keluarkan. Daging kambing tu jangan letak apa-apa. Garam pun jangan letak. Biar kosong. 3. Masukkan bawang besar atau bawang Holland yang dihiris nipis. Goreng sampai garing dan masukkan lobak merah yang dipotong runcing. Terus goreng. 3. Masukkan garam jintan manis,mentega,daun bay dan masukkan tomata yang sudah dikisar. Saya guna dua biji sahaja sebab nasi dalam dua cawan. Masukkan sedikit air. Bila dah mendidih,masukkan semula daging yang digoreng tadi. Biar di atas api lebih kurang 15 minit.
4. Kemudian tuangkan semua yang ada dalam kuali tadi ke periuk beras yang sudah direndam lebih kurang setengah jam tadi. Tambah sedikit lagi garam jika perlu. Tutup permukaan periuk dengan aluminium foil bagi kemas dan masukkan dalam ketuhar dengan suhu (250c) selama setengah jam dan 200 selama setengah jam lagi. Semua sejam.
5. Siap dah boleh makan. Air jangan terlalu banyak. Masak nasi dalam ketuhar tak sama dengan yang biasa. 6. Rempah yang digunakan hanya satu sahaja, iaitu jintan manis. Memang sedap. Letak juga cili jika nak rasa pedas. Kredit: Ashafizrol Ab Hamid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!