Makan

Resipi Nasi Daging Utara Lengkap Dengan Air Asam Kerisik. Menu Dari Pagi Sampai Ke Malam

Share

Nasi Daging Utara hidangan yang lengkap untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga. Resipi lengkap daripada nasi, sup dan juga air asam kerisek, menu macam ni boleh dimakan dari pagi sampai ke malam.

Hidangan istimewa dari Utara Malaysia ni memang cukup terkenal. Makan dengan air asam tu memang tambah menyelerakan. Istimewanya air asam ini diletakkan kerisek dengan rasa yang pedas-pedas masam.

Nurul Hawa Nadila Sari berkongsi resipi lengkap daripada nasi sehinggalah air asam kerisek. Buat hujung minggu nanti makan ramai-ramai memang best.

Resepi Nasi Daging Utara & Air Asam Kerisik

NASI DAGING

BAHAN-BAHAN:

Daging ½ kg potong nipis sederhana kecil dan rebus

Beras 5cawan

2 sb rempah kurma

3 sekawan

1sb marjerin

1ulas bawang merah hiris

1ulas bawang putih hiris

1helai daun pandan

Setengah kiub pati daging

Setengah cawan susu cair

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan marjerin
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan dan serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
  3. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
  4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair.
  5. Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik tunggu je sampai masak.
  6. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

AIR ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:

tomato dihiris

bawang merah hiris

3 biji cilipadi hiris

Asam jawa

kerisek

cili merah*

cili padi*

Belacan bakar besar ibu jari*

Garam*

Gula*

CARA MEMBUAT:
  1. Tumbuk bahan bertanda * (nak hiris pun boleh atau picit)di atas
  2. Bahan hiris masukkan dalam mangkuk
  3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk
  4. Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas-ramas biar sebati
  5. Masukkan kerisik dan ramas-ramas lagi
  6. Siap

Kredit: Nurul Hawa Nadila Sari

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin